Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Friday, April 15, 2011

Peserta Maharaja lawak tersingkir disimpan seminggu


KESEMUA peserta Maharaja Lawak mempunyai peminat sendiri. Bakat dan kreativiti yang menentukan kejayaan mereka.


PERTANDINGAN lawak jenaka, Maharaja Lawak yang semakin mendapat sambutan ramai telah mendorong penyiar rancangan itu, Astro Prima melakukan kejutan bagi menghangatkan lagi debaran di hati para penonton.Debaran turut dirasai oleh lima pesertanya iaitu Jihan, XN3, Man, Amir dan Wai yang berada di tangga terendah undian khidmat pesanan ringkas (SMS) di mana satu atau dua di antara mereka sepatutnya disingkirkan pada minggu lalu.

Namun, menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, pihaknya sengaja tidak mengumumkan peserta yang tersingkir Jumaat lalu, sebaliknya ia akan diumumkan pada minggu ketiga Maharaja Lawak Jumaat ini."Minggu ini walaupun kami sudah ada senarai lima peserta Maharaja Lawak yang mendapat undian terendah tetapi nama dua daripada mereka yang sepatutnya disingkirkan akan diumumkan pada awal rancangan ini pada minggu ketiga."Dua peserta yang tersingkir itu akan diumumkan serentak pada awal rancangan itu Jumaat ini. Ia memang disengajakan kerana kami mahu mencari elemen kelainan bagi membezakan antara Raja Lawak dan Maharaja Lawak.

"Kami boleh buat apa juga kejutan kerana semua format pertandingan ini kami yang buat sendiri," katanya sewaktu ditemui selepas pertandingan minggu kedua Maharaja Lawak di Studio Finas, Hulu Klang, Selangor baru-baru ini.
Maharaja Lawak yang mempertandingkan para juara dan finalis Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima menyaksikan ia semakin mendapat sambutan hangat termasuklah para penonton yang menyaksikannya secara langsung di Finas.Senario itu dapat dilihat pada minggu pertama Maharaja Lawak pada 1 April lalu apabila hampir seratus peminat yang tidak dapat menonton pertandingan itu dari dalam studio naik berang sehingga timbul kekecohan di situ.Jelas Nizam, perkara itu tidak menghairankan kerana para peserta Maharaja Lawak terdiri daripada mereka yang sudah mempunyai nama dan peminat seperti Nabil, Zizan dan Johan sehingga menarik minat ramai penonton datang menyaksikannya.

"Berdasarkan pengalaman minggu pertama itu, maka mulai minggu ini kami telah menyediakan skrin besar di luar studio bagi menampung bilangan peminat yang tidak dapat menontonnya secara langsung dari dalam studio.
"Ini kerana, studio Finas hanya menampung sekitar 230 penonton pada satu-satu masa sedangkan di luar studio ada hampir 500 peminat yang tidak dapat masuk. Setakat ini, pertandingan mingguan akan terus diadakan di sini.
"Bagaimanapun, untuk pertandingan peringkat akhir pula ia akan diadakan di tempat lain yang lebih besar. Ia akan diumumkan kemudian. Semua itu dilakukan bagi menampung jumlah penonton yang semakin ramai," ujarnya.
Maharaja Lawak yang menampilkan tiga pengkritik tetapnya iaitu Mamat Khalid, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Saiful Apel menggunakan 50 peratus SMS para penonton dan 50 peratus markah juri bagi menentukan para pemenangnya.
Selain lima peserta yang mendapat undian markah terendah itu, pertandingan tersebut turut akan disaingi oleh Alex, R2, Jambu, Sepah, Nabil, Jozan dan Balas turut menyediakan hadiah lumayan buat para pemenangnya.
Tambah Nizam, juara Maharaja Lawak akan menerima hadiah wang tunai RM300,000, naib johan RM200,000 dan tempat ketiga pula akan mendapat RM100,000 di mana bilangan finalisnya akan diumumkan kemudian.
"Itu juga salah satu kejutan pada final Maharaja Lawak nanti. Kami belum tetapkan bilangan finalis pada malam itu nanti. Cuma apa yang pasti ia akan disiarkan melalui saluran Astro Warna (saluran 132) dan bukan lagi Astro Prima (saluran 105).
"Malah, mulai minggu ketiga Maharaja Lawak, pertandingan ini telah ditukarkan daripada Astro Prima kepada Astro Warna yang terletak dalam pakej langganan Astro Mastika. Sebelum ini ia dipinjamkan dua minggu kepada Prima," ujarnya berhubung isu tersebut.
Sementara itu, Ahmad Idham selaku salah seorang juri yang sepatutnya mengumumkan nama dua peserta yang tersingkir pada minggu kedua Maharaja Lawak turut terkejut dengan kejutan Astro Prima pada malam itu.
Namun, kata pengarah filem terkenal itu, dia akur dengan kejutan yang sememangnya dirancang oleh Astro Prima itu dan akan mengumumkan nama dua peserta Maharaja Lawakyang tersingkir Jumaat ini di awal rancangan tersebut.

"Secara peribadi saya rasa macam kurang adil apabila dua nama peserta yang sepatutnya tersingkir pada malam ini 'disimpan' dulu untuk kejutan minggu ketiga pertandingan ini. Ini kerana, keputusan itu sudah ada di tangan saya.
"Saya difahamkan dua peserta yang akan tersingkir juga perlu membuat persiapan untuk persembahan minggu ketiga di mana kalau nama mereka diumumkan maka sia-sialah persiapan mereka pada malam itu," komennya.
Pada pertandingan lawak jenaka tempatan yang menawarkan hadiah paling lumayan itu, Jozan yang dianggotai Zizan dan Johan, Nabil serta kumpulan Sepah merupakan tiga peserta yang mendapat undian markah tertinggi minggu lalu. -utusan-

1 comment:

Farhana Jafri said...

mcm2 la dorang ni.. mlas nk tgk realiti show astro sbb ni la.. ntah pape ntah..

jemput singgah ANASAURUS :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...