Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Wednesday, June 22, 2011

Pantai maksiat


PORT DICKSON: Biarpun berada di tempat tumpuan awam, segelintir pasangan remaja dikesan tidak segan silu melakukan adegan tidak senonoh di pantai berhampiran Batu 3, Bagan Pinang, di sini, sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa pengunjung.

Malah, aktiviti berkelah di tepi pantai sepatutnya dijadikan medan mengeratkan hubungan kekeluargaan, namun pengunjung disajikan dengan adegan bercumbu pasangan kekasih. Bukan saja duduk berdua-duaan di kawasan terpencil dan gelap, namun pasangan terbabit berpelukan dan bercumbu.

Tinjauan Metroplus mendapati kebanyakan mereka bukan saja berkunjung dan melakukan aktiviti tidak bermoral terbabit pada waktu siang, sekali gus membawa pada waktu tengah malam sehingga awal pagi di persisiran pantai mahupun di dalam kereta.

Penduduk tempatan mendakwa, kebanyakan pasangan berusia 20-an termasuk pelajar kolej swasta dari daerah ini mahupun negeri lain selalu berkunjung ke situ antara jam 5 petang hingga ke awal pagi.


Pengunjung, Nourzita Hamidon, 34, berkata dia tidak selesa berkelah dengan keluarga apabila melihatkan aksi melampau segelintir pasangan yang dipertontonkan kepada kanak-kanak.


“Mereka bukan saja beraksi dengan liuk badan yang memalukan, malah turut berpakaian tidak sopan hingga memperlihatkan alur dada dan punggung ketika duduk bersama pasangan.


“Malah, anak-anak pernah bertanya mengenai cara pemakaian mereka yang terdedah dan kelakuan sumbang pasangan terbabit,” katanya.


Katanya, sejak kawasan jalan pantai itu dinaik taraf dengan kemudahan letak kereta, ia sering dipenuhi kenderaan yang berhenti khususnya malam minggu, sekali gus pengunjung lain merakamkan adegan manja pasangan kekasih di dalam kenderaan.

Seorang lagi pengunjung dikenali sebagai Harun, 42, berkata kawasan berkenaan kadangkala tidak sesuai dijadikan lokasi kunjungan mereka yang sudah berkeluarga kerana khuatir adegan tidak senonoh itu dilihat kanak-kanak.


Katanya, pihak bertanggungjawab perlu melakukan pemantauan dan rondaan berterusan bagi membendung gejala itu yang semakin berleluasa dan mengundang rasa tidak senang di kalangan pengunjung.


*Udah2 le tu..tobat lah selagi ade mase nih..buat nye kena panah petir sia2 jek mati mengejut kat situ nanti huhu..xde kesan positive pun buat perkare2 sumbang mcm nih.. dah buat dosa ni tambah plak nanti pembuangan bayi..dan sebagainya..ingat Allah maha melihat lagi maha mengetahui..

p/s: Bukan kat tepi pantai jek perkara2 mcm ni berlaku..tepi sungai..tepi tasik..tepi longkang pun ade..huhu tepi jalan pun ade..awat x dok jek tengah2 jalan..hoho..adioss..

4 comments:

dwatyKNY said...

rasanya bukan kat port dickson jer... kat mana pantai pun ada... tepi parit pun ada...

Green Apple said...

sayang la tempat berehat dan mandi manda anak beranak jadi tempat melakukan aktiviti x bermoral... pihak berkenaan x pantau ker...

Anonymous said...

Di pantai mn pun ramai dh skrg, dunia akhir zman..Sy suka entry awk mcm saya baca surat khabar..hihi

Anonymous said...

hamboi? bak datang mana depa? meh aku ajak pencegah maksiat kat PD. datang tempat orang dok buat dosa ja depa nih. Nk jual steamboat pun susah sebabkn wayang free dorang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...