Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Monday, September 5, 2011

DreamPark, Egypt

Bismillahirrahmanirahim..


Assalammualaikum, harap semua sihat wal'afiat,pada 2/9 yang lepas iaitu pada hari khamis yang lepas Cp berkesempatan singgah ke Dream park di Dream land,  Taman hiburan yang terkemuka di Mesir & Middle East. Taman ini telah ditubuhkan pada tahun 1999 & direka oleh Forrec, firma antarabangsa yang direka oleh Universal Studios dan Mall of America maknanya sudah 12 tahun taman tema ini dibuka.


Dibina di lebih 150 ekar tanah yang terletak di dalam kompaun gergasi. Dreamland terletak di 6 Oktober Citytaman ini dibahagikan kepada tiga zon yang berbezamemenuhi keperluan hiburan seluruh keluargaBagi kanak-kanak, terdapat sebuah dunia fantasi mitos, legendacerita dongeng, rides dan teater simulator.Di taman ini seluruh ahli keluarga boleh berseronok dengan lebih kurang 12 rides yang agak mendebarkan  & mempunyai beberapa pilihan makanan di lebih15 buah kedai makan serta mempunyai kedai cenderamata bagi mereka yang ingin memberi cenderamata untukdiberikan kepada keluarga dan kawan


Di sini juga ade menempatkan kawasan teater dan teaternya berbahasa arab kalau tidak silap Cp.Ada juga cinema 3D dimana kita perlu memakai spek 3D semasa menonton tapi CP x masuk dalam hanya melihat dari luar. Semasa CP pergi haritu memang ramai sangat pengunjung yang datang memang penuh semua rides yang nak main memang kena beratur panjang dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Dengan cuaca yang panas lagi la membuatkan kita merasa kepenatan.Disini pukul 9 pagi dah panas terik sampai ke petang cuma bila hampir malam sahaja barulah cuaca terasa sedikit sejuk tetapi angin memang kuat.

Antara rides yang boleh membuatkan orang x de sakit jantung boleh dapat sakit jantung huhu... Untuk permainan lain ianya dibayar sekali dengan tiket masuk....cume untuk rides yang tertentu sahaja yang perlu di bayar asing jika ingin naik..contohnya rides diatas ni mungkin kerana rides diatas ni dasyat sikit jika dibandingkan dengan rides yang lain contohnya di bawah ini :


Tapi bagi Cp setiap rides tuh mendebarkan kalau berada di bahagian atas huhu..Cp x naik pun yang mane agak menakutkan tuh cp tngok je diorang naik menjerit2.Tapi kami terbeli tiket untuk main rides yang mendebarkan tu sekali disebabkan kami semua taknak main kami bagi kepada mereka yang memang suka naik hihi,mujurlah ade terserempak dengan budak2 malaysia yang belajar di sini..muda2 lagi mungkin tingkatan..kebetulan jumpa mereka makcik Cp bagi sahaja pada mereka,,biar mereka jela yang naik hihi..



Apapun memang satu pengalaman yang menarik bila berada di Dreampark ini, boleh melihat macam2 lagat manusia di sini..ada yang boleh dijadikan panduan ada pula yang perlu dijadikan sempadan. Ini sahaja buat masa ..Salam.

7 comments:

Ronaldmohoni said...

Salam. menarik tempat nih. harap2 boleh pergi ke sana satu hari nanti.

Unknown said...

seronok ny..... :)

Cphidayah said...

Ronaldmohoni: Ya..ada kesempatan dtg la ye..
Aimi: boleh tahan..:D

syahmiarzl said...
This comment has been removed by the author.
syahmiarzl said...

Mcm mana nk pergi sini by tramco or taxi? Berapa range tambang?

syahmiarzl said...

Mcm mana nk pergi sini by tramco or taxi? Berapa range tambang?

syahmiarzl said...

Mcm mana nak pergi ke sini by tramco or taxi? Berapa range tambang?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...