Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Sunday, September 4, 2011

Pyramid, Egypt

Assalammualaikum,sihat?? harap sihat la ye..Smalam Cp berkesempatan pergi melawat salah sebuah daripada 7 keajaiban dunia iaitu pyramid. Pergi dengan niat hanya untuk melihat keunikan seni bina pyramid tersebut itu sahaja :D..CP x masuk ke dalam pun sebab Cp rase Cp x larat nak berjalan kat dalam tu..lagipun cuaca sangat panas baru pukul 9 lebih tapi panasnya macam dah tengahari mungkin sebab nak berubah cuaca kot xlame lagi..mane la tau kan..


Pyramid di Egypt ni adalah pyramid sangat terkenal di dunia, di bina menggunakan batu yang sangat besar , Di Giza terdapat 3 jenis pyramid iaitu Great pyramid,Center pyramid and smallest pyramid. Untuk Great pyramid iaitu pyramid terbesar di dunai Ia mengandungi kira-kira 1300000 blok antara berat daripada 2.5 tan metrik (5,500 lb) hingga 15 tan (33,000 lb) dan dibina di atas asas persegi dengan sisi berukuran kira-kira 230 m (755 kaki), yang meliputi 13 ekar. Sisi empat menghadapi empat mata kardinal tepat dan mempunyai sudut 52 darjah. 

                                              Pintu masuk ke Great Pyramid


Besar batu2 yang digunakan..Cp x dpt bayangkan mcm mane dorang nak angkut satu2 batu ni dan susunkannya menjadi pyramid sebesar ni dari jauh pun dah nampak pyramid nih, memang sngt besar dan berat batu2 digunakan..dan batu2 ini dibawa dari Aswan melalui sungai Nil ..kalau x silapla dari ape yang CP dengar huhu...Dan bila berada di kawasan pyramid di sana ada menyediakan perkhidmatan kuda dan unta bagi sesiapa yang nk naik untuk berjalan2 di sekitar pyramid dan padang pasir..tapi biasanya bagi pelancong asing mereka akan mengenakan harge yang agak mahal, jadi pandai2 la ye atasi hihi...kalau xnk tolak jek..sebab mereka akan cuba sedaye upaya suh kita naik..xpun tangkap gambar..tapi tetap mintak tips..mungkin sebab mereka susah..itu caranya mereka cari rezeki..apepun berhati-hati jgn sampai tertipu okay..:D


Unta2 comel..:D


Dan ini pula Sphinx yang boleh kita lihat bila berada di bawah...semasa perjalanan ke pintu keluar pyramid..ianya adalah makhluk mitos yang berbadan singa dan berkepala manusia....ramai pengunjung akan singgah untuk bergambar di kawasan ini...dan kawasan pyramid ini merupakan salah sebuah kawasan yang mendapat perhatian pelancong asing..kawasan pyramid dibuka 24 jam..dan mempunyai persembahan malam dimana ia menceritakan tentang kisah sejarah pyramid kalau x silap Cp...ticket untuk masuk bagi dewasa 60 L.E dan kanak2 30LE  lebih kurang separuh dari duit malaysia iaitu RM30 dan RM15 .



5 comments:

Bell said...

wah..bestnyer...teringin nak p melwaat..

Shorim Kasih said...

bestnya dpt pi sana kn..tgk n rasa scara live lg tu....nak piiiiiiiii

jann sinuja said...

bestnye..:)

Noorhidayah binti Salehhudin said...

Bell: Boleh la..kalau takat menengok hihi
Shorim Kasih:Ade rezeki nanti boleh dtg yer..
Jan Sinuja: Best la jugak..:D

EsPiRaNzA said...

bertuahnya da sampai sana dan tengok keajaiban dunia.. ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...