Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Saturday, September 24, 2011

Petunjuk istikharah tentukan jodoh

Cp tertarik dengan soalan yang di ajukan di laman Harian Metro nih..jadi Cp share kat sni ek...

SEJAUH mana petanda atau petunjuk istikharah dalam menentukan jodoh terbaik? Bagaimanakah sekiranya saya meminta ibu melakukan solat hajat bagi mendapatkan petunjuk dan dia mendapat mimpi lelaki itu muncul, walhal lelaki itu baru memutuskan hubungan kami setelah berkawan selama dua tahun?


SOLAT istikharah sunat dilakukan bagi sesiapa yang berkeinginan kepada suatu yang harus dan dia menjadi keliru dalam menentu aspek kebaikan dalamnya kerana mempunyai pilihan yang sama. 

Contohnya, saudari ingin memilih antara dua calon suami yang sama-sama baik sehingga tidak dapat menentukan pilihan. Begitu juga dengan perkara lain. 

Solat istikharah tidak dilakukan kepada perkara yang wajib dan sunat serta bukan perkara haram dan makruh kerana sudah ada ketetapan tersendiri sama ada melakukannya atau meninggalkan (Sabiq I: 139-40). 

Caranya amat mudah iaitu dengan melakukan solat sunat dua rakaat, iaitu bukan termasuk solat fardu. Ia cukup dengan solat rawatib selepas solat fardu atau tahiyyatul masjid dan boleh dilakukan tanpa mengira waktu dengan membaca mana ayat selepas fatihah. 

Kemudian apabila selepas membaca doa seperti di bawah dengan permulaannya memuji Allah dan diikuti selawat atas Rasulullah dan dibaca doa khusus istikharah. 

Rasulullah bermaksud: “Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan dengan sesuatu maka hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (iaitu, mengerjakan solat dua rakaat) yang selain daripada solat yang fardu. Kemudian hendaklah dia berdoa: 

Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau (iaitu memohon pilihan dan kebaikan daripada-Mu) dengan ilmu-Mu, dan aku memohon kurniaan kuasa dengan kuasa-Mu, dan aku juga memohon daripada kemurahan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini adalah baik bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andai kata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.” (Riwayat Bukhari). 

Mengenai petunjuk istikharah berkenaan, ia bukanlah secara langsung seperti mimpi dan sebagainya. Ia cukup sekadar ketetapan diri sendiri atau rasa senang dengan pilihan setelah berdoa kepada Allah supaya keputusan yang dibuat itu yang sebaiknya. 

Semuanya sudah tentu datang selepas bersolat isitikharah dengan sepenuh ikhlas kepada Allah. Setelah itu terus saja melakukannya dan jangan ragu-ragu lagi. 

Keputusan hendaklah dibuat supaya tidak timbul rasa was-was. Kita hendaklah ingat bahawa was-was itu daripada syaitan. Sikap ragu-ragu yang menghalang tindakan seterusnya. 

Solat hajat yang dilakukan ibu dan mimpinya pula, ia sebenarnya tidak mengikat tindakan anda. Ini kerana mimpi terbabit bukanlah sumber ilmu yang patut diikuti dalam Islam. 

Gunakan akal dan pengalaman di samping minta nasihat daripada keluarga serta rakan mengenai jodoh dan perkahwinan. Mungkin mereka ada calon yang sesuai untuk anda.



5 comments:

ZWAN SABRI said...

Penjelasan yang bagus mengenai solat istikharah nii.. ;)

`
MySuaraBlog: Book Fair dalam Kapal Mewah

yayath said...

hehe..baru je terdetik hati nak buat solat istikharah pagi ni..tengok2 ada entry CP pasal ni:)hehe..thanks share CP..

Noorhidayah binti Salehhudin said...

Zwan Sabri..: agak menarik tu yg post ..:D
Yayath: yeke..wah boleh tmbh pengetahuan..:D

ROJAK said...

cik hidayah sendiri dah buat solat sunat istikharah? cuba cerita sket pengalaman sendiri bermula dari susah buat keputusan dan hasilnya lepas buat solat istihkarah.

Noorhidayah binti Salehhudin said...

rojak..saye x de buat lagi..:D saye share sini..untuk tambah ilmu bersama insyaAllah akan lakukan nanti..:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...