Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Sunday, March 27, 2011

- Berdendam tidak menyelesaikan masalah -

Sebagai manusia yang lemah, kita tidak lari dari melakukan kesilapan dan kadang kala kita tidak mampu memuaskan hati semua orang , tidak kira lah siapa mereka, keluarga, rakan-rakan atau sanak saudara. Mungkin kadang-kadang kita tidak sedar yang kita telah melakukan kesilapan dan tidak sedar ada orang yang tidak berpuas hati dengan kita. Bila ini terjadi , maka tersimpan lah dendam didalam hati seseorang itu. Tapi berdendam langsung tidak akan menyelesaikan masalah, mungkin orang yang kita dendam tu langsung tidak tahu yang kita sedang berdendam dengannya. Jadi apa yang perlu kita buat? teruskan berdendam sampai bila-bila atau mengalah dan melupakan kenangan lalu xpun membuat luahan perasaaan. Itu terpulang kepada individu, tapi aku yakin korang berdendam mesti sebab ada titik hitam yang tertinggal di hati korang..disebabkan sesuatu perkara..aku tidak berdendam dengan sesiapa, tapi aku mungkin ada terasa hati dengan sesetengah manusia ni, itupun disebabkan kesilapan besar yang dilakukan ..berdendam juga boleh jadi bukan disebab kan manusia..tetapi disebabkah persekitaran..binatang dan sebagainya kan kan..

Disebabkan dendam juga manusia boleh jadi hilang pertimbangan, mungkin mereka akan buat sesuatu di luar kawalan atau perkara negative kepada insan yang mereka dendam untuk membalas dendam!! Aku rasa tidak patut berbuat bergitu, tak baik lah, ko nak balas2 dendam macam tu kan, sebagai manusia xde yang sempurna dalam muka bumi ni, kenapa tak boleh nak maafkan..kenapa perlu membalas dendam? kenapa perlu berhasad dengki ..jika betul die buat salah, sabarlah dan sentiasa ingat bahawa setiap sesuatu pasti ada ikhmahnya. Simpan aja dendam itu rapat2.. balik2 diri sendiri yang berdosa disebabkan dendam tersebut.

"Aku memaafkan tapi mungkin sukar untuk melupakan"..wink wink wink...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...