Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Sunday, March 27, 2011

Chong Wei, Taufik bergabung kutip dana


KUALA LUMPUR - Bintang badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan memperbaharui permusuhannya dengan jaguh Indonesia, Taufik Hidayat minggu depan, namun kali ini untuk tujuan murni - mengutip tabung buat mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun. Kedua-dua bintang dunia itu akan berentap dalam perlawanan amal dengan matlamat mengisi dana 'Hope and Smile' yang dilancarkan jaguh No. 1 dunia itu di ibu negara, Khamis lalu.Perlawanan akan berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara pada 3 April ini.

Selain perlawanan pertunjukan, Chong Wei juga akan melelong dua pasangan baju, dua batang raket dan sepasang kasut yang digunakan pada aksi akhir All England, baru-baru ini untuk memenuhi matlamat mengumpul dana RM1 juta.Malah, Chong Wei juga akan melakukan beberapa lagi aktiviti menarik, termasuk perlawanan pertunjukan di negeri kelahirannya, Pulau Pinang. Ia akan berlangsung di Komtar pada 2 April.

Selain perlawanan, aktiviti lain yang turut diadakan adalah membuka gerai jualan dan persembahan daripada artis-artis tempatan. Sebanyak RM1,000 dikenakan untuk menyewat sebuah gerai korporat manakala bagi orang perseorangan pula hanya perlu membayar sewa RM100.

"Semua sewa yang dikutip akan dimasukkan dalam tabung bencana alam, manakala minimum 30 peratus keuntungan daripada setiap gerai secara automatik disalur dalam tabung berkenaan,'' kata pengajur.Tiket sebanyak RM10 dikenakan untuk menyaksikan perlawanan di Pulau Pinang (2 April) dan Kuala Lumpur (3 April). Bagi kanak-kanak bawah 12 tahun, tiada sebarang bayaran 
dikenakan.

Sumber : Utusan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...