Tidur pun ade Mitos Okeh!!
1- Lebih Tua, Perlu tidur Lebih?? yeke,,
SALAH! Warga emas memerlukan jumlah tidur yang sama dengan orang dewasa. Kekurangan tidur tidak hanya membuatkan mereka lebih mudah mendapat penyakit dan melemahkan sistem pertahanan tubuh. Buat warga emas yang berjaga di waktu malam kerana melakukan ibadah seperti solat dan sebagainya mereka harus menggantikan tidur pada waktu siang.
2- Waktu Tidur Esktra merawat keletihan!!
SILAP! Kita tidak seharusnya menambah waktu tidur bagi memulihkan badan dari keletihan. Jika sudah terbiasa dengan waktu tidur tujuh ke lapan jam sehari. Jadikan ia sebagai kebiasaa. Rawatlah keletihan dengan aktiviti fikizal seperti olahraga dan mengamalkan pemakanan berkhasiat.
3- Berdengkur itu Normal!
BENAR!! Namun jika frekuensi dengkuran itu keterlaluan ia mungkin ada kaitan dengan sleel apnoea.
4- Lebih banyak tidur lebih sihat!
SILAP! Ia hanya akan melemahkan badan. Tidur mengikut jumlah yang disarankah mengikut usia.
5- Kerja keras seharian membantu tidur yang lena
BENAR!! Namun olahraga yang teratur merupakan jalan terbaik ! Kerana olahraga membantu merangsang peredaran darah yang baik dan membantu anda tidur lebih lena.
6- Pil tidur menyembuhkan insomnia.
Pil yang digunakan untuk merawat insomnia hanya mampu bertahan untuk sementara. Pesakit yang memngalami gangguan tidur jangka panjang, biasanya ditangani melalui cognitive behavioral therapy.
7- Tubuh menjadi lumpuh semasa mimpi.
BENAR! Hal ini terjadi untuk mencegah supaya tubuh kita tidak bergerak-gerak mengikut cerita dalam mimpi! Terdapat sejenis hormon dihasilkan semasa kita tidur yang membuatkan sistem sarah mengirimkan pesan ke bahagian tulang belakang bagi menjadikan tubuh kita rileks.
8-Tubuh memiliki alarm semulajadi
Ada kalanya kita akan terbangun dari tidur sebelum alrm berbunyi. Ini kerana hormon yang dinamakan adrenocorticotropin yang berfungsi sebagai alarm internal tubuh manusia dilepaskan beberapa jam sebelum waktu bangun!
9- Tidur yang baik ialah mengiring ke kanan.
BENAR!! Cara ini bukan sahaja mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W, tetapi telah terbukuti baik untuk kesihatan. Tidur mengiring mempercepatkan makanan dihadam dengan baik dan ditolak ke usus secepat 2-5 jam. Selain itu juga, dengan tidur cara itu, paru-paru kanan yang bersaiz lebih besar dari kiri, tidak memberi tekanan kepada paru-paru kiri yang lebih kecil dan juga jantung untuk berfungsi secara normal. Ini membantu melancarkan pengalirah darah dan memastikannya sentiasa stabil.
:) harap anda suma dapat informasi ini..saya bukan mereka cerita sesuka hati..sumber dari i-sihat...pk pk kan..:)
2 comments:
suka tido
saya pun hihihi
Post a Comment