Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Hikmah haram makan BaaAlifBAyaa.!!


Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia.
Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi.
(Sumber: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 )
Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalam babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. Wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang.
(Sumber: Sun 26 Mac 2000, The 1918 Flu Pandemic: What Have We Learned From This? pg 1)
Betulkah Virus Boleh Berubah Dalam Bentuk Yang Lebih Bahaya Di dalam Khinzir?
Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Alex Fano, pengarang sebuah buku terkenalLethal Laws - Animal Testing, Human Health and Environmental Policy. Beliau juga adalah Pengarah Medical Research Modernisation Committee. Di dalam buku tersebut, beliau telah mengesahkan, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa.
Manakala di sekitar tahun 50-an pula, kita dikejutkan dengan cacing Trichina daripada babi yang menjadi penyebab kepada penyakit Trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh mennyembuhkannya pada ketika itu. Dan oleh kerana itu, satu amaran telah dikeluarkan di Amerika tentang bahaya memakan daging babi. Amaran tersebut telah dikeluarkan di Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 dan dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard.
(Sumber: Washington Post , 31 Mei 1952)
Virus-Virus Daripada Khinzir
Ternyata amaran yang dikeluarkan daripada firman Allah telah mula dapat disyukuri oleh mereka-mereka yang beriman dan mentaati perintahNya. Pelbagai kajian mula dibuat secara lebih terperinci.
Di dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka, dari Universiti Wisconsin. Pertemuan mereka jelas menunjukkan, pada kerongkong babi ada sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Saintis- saintis menganggap babi sebagai mixing vessel atau 'tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya'.
(Sumber: The Detroit News, Scientists Discover the Infection Route Between Bird Virus and Pigs, Robert Cooke, Okt 20,1997)
Di dalam BBC News pula, pada 29 Oktober 1999, telah memfokuskan penemuan para saintis yang menunjukkan, virus babi menjadi punca berlakunya wabak-wabak yang paling teruk di dalam sejarah dunia perubatan moden pada tahun 1918. Saintis-saintis mendapati wabak-wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 juga berpunca daripada virus babi.
Mengikut kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang menjangkiti manusia, selepas memasuki sel-sel di dalam babi ini. Penemuan ini mampi memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selsema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ke 20.
Penyakit-penyakit ini bermula dengan serangan Spanish flu pada 1918, diikuti Asian flu pada tahun 1957 dan Hong Kong flu pada 1968 dan Russian flu pada 1977. Kajian-kajian oleh saintis ini menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya pada tahun 1918.
(Sumber: Centres For Disease Control & Prevention, Pandemic Influenza, USA 2000)
 -iluvislam-

Wednesday, June 15, 2011

Semoga Sihat hendaknye, InsyaAllah..:D


Tadi pergi Sunway Medical Centre melawat nenekda yang tersayang, kalau sakit selagi mampu ikhtiar lah ape yang boleh iye tak?? hurm..so semalam nenek aku masuk hospital sebab dah lama sakit lutut..kesian die nak berjalan pun susah, so setelah buat pemeriksaan doktor kate nak masuk kan jel..jel ape ntah kat lutut die..just cucuk jek..but darah kena kurang dari 3 so kena makan ubat and so on..hari ini dah boleh buat.. doktor tu dah cucuk..and boleh dah keluar hari ini Alhamdulilah..duk lelame kat spital makin lame makin lemah kot..huhu..

Tadi nampak perubahannya, nampak nenek aku mcm okay berjalan..xyah bergantung pada benda lain untuk ketandas..aku harap akan segera sembuh..AMIN..boleh la ajak pergi jogging ke ape ke hihi..;D..ape pun hidup ni memang perlu tabah..lebih2 lagi mereka 2 yang menahan kesakitan diluar sana..jangan pernah putus asa..Allah selalu menguji hambanya untuk melihat sejauh mana hambanya boleh bersabar menghadapi dugaan didalam kehidupan ini..




كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً


Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)

كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه البخاري)
Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)



Saturday, April 23, 2011

Makanan Segera antara PUNCA penyakit KRONIK


CARA hidup masyarakat yang semakin gemar makan makanan segera dan bergoreng di restoran-restoran dikenal pasti sebagai antara punca penyakit kronik semakin menjadi-jadi di kalangan penduduk Malaysia sejak kebelakangan ini.

Jika dahulu penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi dikaitkan sebagai penyakit orang kaya kerana kemampuan mereka untuk bermewah dengan makanan tetapi hari ini anggapan itu tidak boleh dipakai sepenuhnya.

Pemakanan yang berlebihan daripada keperluan dan pengambilan makanan suplemen yang tidak betul juga antara penyumbang kepada penyakit-penyakit tersebut.

Semua lapisan masyarakat, tidak mengenal usia, bangsa, kaya atau miskin turut menghidap penyakit-penyakit kronik itu hari ini.

Sementara itu jumlah penghidapnya kian meningkat terutama penyakit jantung koronari yang menjadi punca kematian nombor satu di Malaysia.

Corak pemakanan yang tidak seimbang, pekerjaan tanpa banyak pergerakan dan faktor keturunan turut menjadi penyumbang kepada penyakit-penyakit kronik yang boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dan dikawal.

Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia Dr. Tee E. Siong tidak menyangkal bahawa latar belakang genetik dan keturunan seseorang turut memainkan peranan menyumbang kepada penyakit-penyakit kronik itu.

Namun demikian katanya, punca utama kepada penyakit tersebut masih banyak ditentukan oleh corak pemakanan dan diet yang salah, tidak seimbang serta melakukan pekerjaan yang tidak memerlukan banyak pergerakan dan tenaga.

‘‘Kita tidak boleh menyalahkan keturunan kedua-dua orang tua kita kerana memiliki baka penyakit-penyakit tersebut, sebaliknya kita sendiri yang patut dipersalahkan kerana mengamalkan cara hidup yang kurang sihat,’’ jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia menerusi e-mel di sini.

Dr. Tee yang berada di Amerika Syarikat ketika dihubungi berkata, adalah tidak tepat sekiranya pengamal makanan sayur-sayuran (vegetarian) menganggap bahawa mereka tidak boleh menghidap penyakit jantung koronari misalnya.

Menurutnya, dengan hanya tidak memakan daging yang mengandungi kolesterol tidak akan melindungi seseorang daripada menghidap penyakit jantung koronari.

Katanya, pengambilan tenaga daripada lemak dan karbohidrat serta komponen lain dalam diet seperti serat dan sumber garam merupakan faktor penting untuk mengekalkan kesihatan.

Adalah diingatkan bahawa kolesterol yang menyumbat arteri disumbangkan oleh badan seseorang itu dan bukan berpunca daripada makanan semata-mata.

Dr. Tee menambah, penyakit-penyakit kronik itu boleh dielakkan kerana tahap kesihatan seseorang itu ditentukan oleh mereka sendiri.

‘‘Rakyat Malaysia perlu peka dengan kehadiran dan bahayanya penyakit-penyakit tersebut jika tidak dikawal dan mengambil langkah-langkah positif lebih awal bagi mengelak risiko untuk menghidapnya,’’ jelasnya.

Sementara itu katanya, penyakit-penyakit kronik yang berpunca daripada pemakanan dan diet yang tidak betul termasuk obesiti, darah tinggi, diabetes, jantung koronari dan beberapa jenis barah semakin meningkat di Malaysia.

Jelasnya, walaupun sejak 40 tahun lalu penduduk Malaysia telah banyak mengubah corak pemakanan dan diet namun penyakit-penyakit kronik tetap dihidapi kerana sesetengahnya masih menggemari makanan yang senang dibeli dari restoran-restoran dan warung tanpa melakukan aktiviti secukupnya untuk membakar lemak.

Dr. Tee menjelaskan, penduduk yang begitu peka memulihara kesihatan menerusi corak pemakanan bagaimanapun telah mengurangkan makan nasi, tidak menambah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, menambah pengambilan lemak dan minyak, karbohidrat yang halus, daging/ ikan dan telur.

Penduduk Malaysia juga katanya turut menambah peratusan tenaga menerusi pemakanan lemak dan menambah sumber protein daripada binatang, lemak dan kalori.

Sementara itu katanya, semakin banyak keluarga gemar makan di luar rumah dan makan makanan bergoreng.

Penduduk juga katanya, suka mengambil makanan yang lebih daripada diperlukan dan mengambil suplemen nutrien yang tidak betul. 

p/s : huhu sambil mengingatkan diri sendiri..:S
halaqah.net

Friday, April 22, 2011

Merokok Itu Haram

Korang sedar tak yang merokok itu haram, dan antara fatwa  telah dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatan Fatwa, Majlis Kebangsaan hal ehwal islam dimana telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan islam. 


* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.
10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK
a)   Rokok menjejaskan akal (mental)
b)  Rokok membahayakan kesihatan fizikal
c)  Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
d)  Rokok membahayakan keturunan
e)  Rokok mengganggu manusia lain.
f)   Rokok menimbulkan akhlak buruk
g)   Rokok mensia-siakan waktu hidup
h)  Rokok bercanggah dengan maruah keislaman
i)   Rokok membazirkan harta (wang)
j)  Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

FATWA: Merokok haram. Allah berfirman (yang bermaksud), "Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri dalam kebinasaan." (Al-Baqarah:195)

terang-terang kita dapat lihat banyak kesan negative akibat daripada rokok, yang paling teruk boleh memudaratkan diri ..bukan sahaja si penghisap malah..mereka yang berada di kekeling si perokok,,kerana terhidu asap rokok,..Sakit yang mungkin akan dihadapi oleh perokok...:

  • Penyakit jantung dan stroke.Satu dari tiga kematian di dunia berhubungan dengan penyakit jantung dan stroke. Kedua penyakit tersebut dapat menyebabkan “sudden death” ( kematian mendadak).
  • Kanser paru.Satu dari sepuluh perokok berat akan menderita penyakit kanser paru. Pada beberapa kasus dapat berakibat fatal dan menyebabkan kematian, kaerna sulit dideteksi secara dini. Penyebaran dapat terjadi dengan cepat ke bahagian, tulang dan otak.
  • Kanser mulut.Merokok dapat menyebabkan kanser mulut, kerosakan gigi dan penyakit gusi.
  •  Osteoporosis.Karbonmonoksida dalam asap rokok dapat mengurangkan daya angkut oksigen darah perokok sebesar 15%, mengakibatkan kerapuhan tulang sehingga lebih mudah patah dan membutuhkan waktu 80% lebih lama untuk penyembuhan. Perokok juga lebih mudah menderita sakit tulang belakang.
  • Katarak.Merokok dapat menyebabkan gangguan pada mata. Perokok mempunyai risiko 50% lebih tinggi terkena katarak, bahkan bisa menyebabkan kebutaan.
  •  Psoriasis.Perokok 2-3 kali lebih sering terkena psoriasis yaitu proses inflamasi kulit tidak menular yang terasa gatal, dan meninggalkan guratan merah pada seluruh tubuh.
  • Keguguran rambut.Merokok menurunkan sistem kekebalan, tubuh lebih mudah terserang penyakit seperti lupus erimatosus yang menyebabkan kegugurann rambut, ulserasi pada mulut, kemerahan pada wajah, kulit kepala dan tangan.
  • merokok pada kehamilan.Merokok selama kehamilan menyebabkan pertumbuhan janin lambat dan dapat meningkatkan risiko Berat Badan Lahir Rendah (BBLR). Risiko keguguran pada wanita perokok 2-3 kali lebih sering karena Karbon Monoksida dalam asap rokok dapat menurunkan kadar oksigen.
  •  Impotensi.Merokok dapat menyebabkan penurunan seksual karena aliran darah ke penis berkurang sehingga tidak terjadi ereksi.
Renung-renungkan!!!

Tuesday, March 29, 2011

VirUs AnCaM nYAWa!!!

Virus ini mungkin jarang kita dengari. Namun kejadian di Pusat Latihan Polis (pulapol) baru baru ini menimbulkan rasa panik. Sememangnya agak cemas apabila dua pelatih meninggal dunia akibat jangkitan virus tersebut, manakala beberapa yang lain menunjukkan tanda-tanda penyakit sepeti influenza (influenza like illness). Dan virus tersebut adalahADENOVIRUS!!

fAKTA mengEnai AdenoVirus



  • BerSaiz sederhana (90-100mm), virus yg mempunyai rantaian kembar DNA
  • Terdapat sekurang kurangnya 52 jenis yang menjangkiti manusia
  • Survival tinggi diluar badan manusia
  • Biasanya tersebar melalui seorang ke seorang yang lain melalui sentuhan, penyebaran melalui mulut, titisan ain melalui batuk dan bersin. Contoh nye : tersebar melalui tombol pintu yang disentuh mereka yang dijangkiti.
  • Terdpt juga kes dimana mendapat jangkitan akibat berenang di dalam kolam renang yang mengandungi klorin rendah, di sungai, atau tasik.
  • Sesetengah jenis berterusan menunjukkan sistem jangkitan di bahagian tonsil, adenoid dan usus selama berbulan hingga setahun.


Kesannya boleh mengakibatkan maut..dan lain2 penyakit..
"Basuh tangan sebelum makan atau menyediakan makanan mampu menghalang penyebaran virus ini"


Sunday, March 6, 2011

=Ubat tahan sakit berlebihan boleh membunuh=



KELANA JAYA: Berperanan sebagai ubat penahan sakit yang mudah diperoleh tetapi ia boleh membunuh. Sehubungan itu, kerajaan diminta mengharamkan penjualan sejenis ubat tahan sakit di farmasi melebihi 10 biji bagi mengelak ia dijadikan bahan membunuh diri.

Ketua Unit Intervensi dan Sokongan Keluarga bahagian Pembangunan Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN), Dr Zuraida Ahmad Sabki berkata, penjualan ubat berkenaan secara berleluasa memberi ruang lebih besar kepada individu yang ingin membunuh diri meneruskan hasrat mereka.


Menurutnya, kini menjadi trend makan ubat penahan sakit secara berlebihan berikutan ia mudah didapati kerana dijual dalam kuantiti banyak di farmasi.


“Mereka yang ingin membunuh diri makan pil berkenaan tetapi jika dimakan sekali gus, mereka akan muntah. Kadangkala mereka bukan mahu mati, tetapi mahu melegakan tekanan,” katanya selepas menyampaikan kertas kerja di Seminar Kenali Anak Kita (KAK) Zon Tengah, di sini, semalam.


Program kemasyarakatan itu dianjurkan LPPKN dengan Jabatan Pelajaran Selangor, Jabatan Pelajaran Persekutuan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Agensi Antidadah Kebangsaan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Persatuan Pengasih Malaysia dan Petronas.



Berdasarkan kes dikendalikannya, Dr Zuraida berkata, setiap hari beliau menerima empat aduan cubaan membunuh diri.



Dalam satu kes, seorang gadis berusia 22 tahun menelan 100 biji pil penahan sakit yang diminum dengan sejenis minuman berkarbonat kerana kecewa dengan hidupnya.


Gadis berkenaan yang juga pelajar cemerlang mengambil keputusan berkenaan untuk menarik perhatian ibu bapanya.



Pil yang ditelan tidak dapat dikeluarkan kerana dia menelannya satu demi satu. Pengambilan ubat berkenaan dalam dos berlebihan menyerap dalam tubuh, menyebabkan ketoksidan hati dan matanya kuning,” katanya.


Jadi..korang sume ..nak makan ubat ..makan mengikut dos yang ditetapkan oleh doktor ye...;)..sayangilah diri sendiri..



Saturday, March 5, 2011

-Mitos Mengenai TidoR-

Tidur pun ade Mitos Okeh!!

1- Lebih Tua, Perlu tidur Lebih?? yeke,,
SALAH! Warga emas memerlukan jumlah tidur yang sama dengan orang dewasa. Kekurangan tidur tidak hanya membuatkan mereka lebih mudah mendapat penyakit dan melemahkan sistem pertahanan tubuh. Buat warga emas yang berjaga di waktu malam kerana melakukan ibadah seperti solat dan sebagainya mereka harus menggantikan tidur pada waktu siang.

2- Waktu Tidur Esktra merawat keletihan!!
SILAP! Kita tidak seharusnya menambah waktu tidur bagi memulihkan badan dari keletihan. Jika sudah terbiasa dengan waktu tidur tujuh ke lapan jam sehari. Jadikan ia sebagai kebiasaa. Rawatlah keletihan dengan aktiviti fikizal seperti olahraga dan mengamalkan pemakanan berkhasiat.

3- Berdengkur itu Normal!
BENAR!! Namun jika frekuensi dengkuran itu keterlaluan ia mungkin ada kaitan dengan sleel apnoea.

4- Lebih banyak tidur lebih sihat!
SILAP! Ia hanya akan melemahkan badan. Tidur mengikut jumlah yang disarankah mengikut usia.

5- Kerja keras seharian membantu tidur yang lena
BENAR!! Namun olahraga yang teratur merupakan jalan terbaik ! Kerana olahraga membantu merangsang peredaran darah yang baik dan membantu anda tidur lebih lena.

6- Pil tidur menyembuhkan insomnia.
Pil yang digunakan untuk merawat insomnia hanya mampu bertahan untuk sementara. Pesakit yang memngalami gangguan tidur jangka panjang, biasanya ditangani melalui cognitive behavioral therapy.

7- Tubuh menjadi lumpuh semasa mimpi.
BENAR! Hal ini terjadi untuk mencegah supaya tubuh kita tidak bergerak-gerak mengikut cerita dalam mimpi! Terdapat sejenis hormon dihasilkan semasa kita tidur yang membuatkan sistem sarah mengirimkan pesan ke bahagian tulang belakang bagi menjadikan tubuh kita rileks.

8-Tubuh memiliki alarm semulajadi
Ada kalanya kita akan terbangun dari tidur sebelum alrm berbunyi. Ini kerana hormon yang dinamakan adrenocorticotropin yang berfungsi sebagai alarm internal tubuh manusia dilepaskan beberapa jam sebelum waktu bangun!

9- Tidur yang baik ialah mengiring ke kanan.
BENAR!! Cara ini bukan sahaja mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W, tetapi telah terbukuti baik untuk kesihatan. Tidur mengiring mempercepatkan makanan dihadam dengan baik dan ditolak ke usus secepat 2-5 jam. Selain itu juga, dengan tidur cara itu, paru-paru kanan yang bersaiz lebih besar dari kiri, tidak memberi tekanan kepada paru-paru kiri yang lebih kecil dan juga jantung untuk berfungsi secara normal. Ini membantu melancarkan pengalirah darah dan memastikannya sentiasa stabil.

:) harap anda suma dapat informasi ini..saya bukan mereka cerita sesuka  hati..sumber dari i-sihat...pk pk kan..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...