Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Sunday, March 6, 2011

=Ubat tahan sakit berlebihan boleh membunuh=



KELANA JAYA: Berperanan sebagai ubat penahan sakit yang mudah diperoleh tetapi ia boleh membunuh. Sehubungan itu, kerajaan diminta mengharamkan penjualan sejenis ubat tahan sakit di farmasi melebihi 10 biji bagi mengelak ia dijadikan bahan membunuh diri.

Ketua Unit Intervensi dan Sokongan Keluarga bahagian Pembangunan Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN), Dr Zuraida Ahmad Sabki berkata, penjualan ubat berkenaan secara berleluasa memberi ruang lebih besar kepada individu yang ingin membunuh diri meneruskan hasrat mereka.


Menurutnya, kini menjadi trend makan ubat penahan sakit secara berlebihan berikutan ia mudah didapati kerana dijual dalam kuantiti banyak di farmasi.


“Mereka yang ingin membunuh diri makan pil berkenaan tetapi jika dimakan sekali gus, mereka akan muntah. Kadangkala mereka bukan mahu mati, tetapi mahu melegakan tekanan,” katanya selepas menyampaikan kertas kerja di Seminar Kenali Anak Kita (KAK) Zon Tengah, di sini, semalam.


Program kemasyarakatan itu dianjurkan LPPKN dengan Jabatan Pelajaran Selangor, Jabatan Pelajaran Persekutuan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Agensi Antidadah Kebangsaan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Persatuan Pengasih Malaysia dan Petronas.



Berdasarkan kes dikendalikannya, Dr Zuraida berkata, setiap hari beliau menerima empat aduan cubaan membunuh diri.



Dalam satu kes, seorang gadis berusia 22 tahun menelan 100 biji pil penahan sakit yang diminum dengan sejenis minuman berkarbonat kerana kecewa dengan hidupnya.


Gadis berkenaan yang juga pelajar cemerlang mengambil keputusan berkenaan untuk menarik perhatian ibu bapanya.



Pil yang ditelan tidak dapat dikeluarkan kerana dia menelannya satu demi satu. Pengambilan ubat berkenaan dalam dos berlebihan menyerap dalam tubuh, menyebabkan ketoksidan hati dan matanya kuning,” katanya.


Jadi..korang sume ..nak makan ubat ..makan mengikut dos yang ditetapkan oleh doktor ye...;)..sayangilah diri sendiri..



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...