Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Wednesday, June 15, 2011

Semoga Sihat hendaknye, InsyaAllah..:D


Tadi pergi Sunway Medical Centre melawat nenekda yang tersayang, kalau sakit selagi mampu ikhtiar lah ape yang boleh iye tak?? hurm..so semalam nenek aku masuk hospital sebab dah lama sakit lutut..kesian die nak berjalan pun susah, so setelah buat pemeriksaan doktor kate nak masuk kan jel..jel ape ntah kat lutut die..just cucuk jek..but darah kena kurang dari 3 so kena makan ubat and so on..hari ini dah boleh buat.. doktor tu dah cucuk..and boleh dah keluar hari ini Alhamdulilah..duk lelame kat spital makin lame makin lemah kot..huhu..

Tadi nampak perubahannya, nampak nenek aku mcm okay berjalan..xyah bergantung pada benda lain untuk ketandas..aku harap akan segera sembuh..AMIN..boleh la ajak pergi jogging ke ape ke hihi..;D..ape pun hidup ni memang perlu tabah..lebih2 lagi mereka 2 yang menahan kesakitan diluar sana..jangan pernah putus asa..Allah selalu menguji hambanya untuk melihat sejauh mana hambanya boleh bersabar menghadapi dugaan didalam kehidupan ini..




كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً


Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)

كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه البخاري)
Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...