Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Wednesday, June 15, 2011

Juara Af 9 setelah gagal Af 4



Meskipun pernah gagal dalam Konsert Prelude AF4 lima tahun lalu, tetapi Hazama atau Hazama Ahmad Azmi tidak pernah putus asa. Sebaliknya, dia bangkit dan menyertai sekali lagi program realiti terbitan Astro Ria tersebut.Menurut Hazama, kegagalannya meneruskan saingan pada AF4 telah membakar semangat untuk terus berusaha sebelum muncul juara AF9 yang merupakan musim terakhir.

"Semasa masuk AF4 dulu ia sebagai titik permulaan untuk saya terbabit dalam industri ini (nyanyian). Sayangnya saya gagal dan selepas itu selama lima tahun nama saya cuma suam-suam kuku sahaja. Kemasukan saya dalam AF9 adalah peluang kedua saya.SEKALI gagal bukan bererti gagal selamanya. Itu mungkin ungkapan yang dipegang oleh juara pertandingan realiti televisyen, Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9), Hazama.

Dengan kemenangan itu, juara terakhir AF berusia 27 tahun itu menggondol hadiah wang tunai RM200,000, hamper dan wang tunai berjumlah RM5,000 sumbangan Power Root, sebuah kamera Sony Handycam bernilai RM3,299 dan trofi sumbangan Astro."Saya tidak nafikan AF4 sebagai punca yang membakar semangat saya untuk berusaha lebih kuat dalam bidang seni," katanya sewaktu sidang akhbar selepas diumumkan juara AF9 di Dataran Putrajaya baru-baru ini.Kemenangan Hazama itu memang sudah dijangkakan banyak pihak termasuk para peminat dan media massa berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang seringkali memihak kepadanya.
Pada konsert akhir AF9 yang ditonton lebih 5,000 orang itu, Hazama menerima 45 peratus undian SMS, diikuti Lena yang muncul naib juara dengan 28 peratus, Fina (15 peratus) dan Azri (12 peratus).

"Di tempat lain tidak ada orang yang mengkritik ataupun memberi garis panduan kepada saya. Malah, selepas menyertai AF9 saya dapati saya mempunyai banyak kekurangan dan daripada situ jugalah saya belajar," ujarnya.Sementara itu, sewaktu ditanya tentang hadiah wang tunai RM200,000 yang diterimanya, peserta berasal dari Kuala Lumpur itu berkata, dia akan menggunakannya ke arah yang boleh memberi manfaat kepada masa depannya."Itu salah satu kelebihan saya kerana daripada situlah saya dapat sedikit pengalaman menyanyi. Pada masa sama, para peserta AF9 yang lain mempunyai keyakinan juga. Bagaimanapun, saya anggap pentas AF9 berbeza dengan pentas-pentas lain yang pernah saya sertai.Jelas Hazama yang menyanyikan lagu Pukau (Tomok) dan Cinta Teragung (Kuncidemak) pada konsert itu, dia tidak menafikan pengalamannya menyanyi selama lima tahun selepas gagal dalam AF4 banyak membantu kemenangannya itu.

Dalam pada itu, Lenaber Haidir atau Lena, 22, yang muncul naib juara menerima hadiah berupa wang tunai RM50,000, hamper dan wang tunai RM2,000 sumbangan Power Root, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 dan trofi.Ini kali pertama saya pegang duit yang banyak. Saya akan gunakan duit kemenangan ini ke arah kebaikan. Saya hendak beli jam tangan yang baru. Selain itu, saya juga akan simpan duit ini untuk masa depan saya," jelasnya.

Sementara pada pertandingan yang disiarkan secara langsung menerusi saluran 104 Astro Ria dari pukul 9 malam hingga 11.30 malam itu Azri atau Mohamad Azri Abdullah, 23, pula meraih hadiah berupa wang tunai RM5,000, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 dan trofi. Fina atau nama sebenarnya Nor Syafinaz Jebat, 18, yang merupakan pemenang tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, hamper dan wang tunai RM1,000 sumbangan Power Root dan sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 dan trofi.

"Selama tiga bulan di AF9 mulanya saya rasa lama tetapi masa berlalu begitu cepat. Pengalaman saya di AF9 cukup indah di mana saya mendidik para pelajar di akademi ini seperti anak sendiri. Pesan saya kepada mereka semua agar jangan lupa diri. Jadilah anak seni yang jujur, kalau tidak anda tidak akan ke mana," tuturnyaPada masa sama, vokalis kumpulan rock Search itu tidak lokek berkongsi pengalaman sambil menasihatkan para graduan AF9 sebelum mereka melangkah ke dunia hiburan yang glamor selepas ini nanti.Pengetua AF9, Amy Search atau Suhaimi Abdul Rahman yang ditemui selepas konsert itu puas hati kerana pembelajaran di akademi itu berjalan dengan lancar sepanjang tiga bulan yang lalu.


Sumber-Utusan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...