Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Thursday, March 10, 2011

+Penduduk resah 'Rumah Hantu'

Berita yang ingin saye untuk kongsi dengan anda semua :

SEREMBAN

Umpama ‘rumah hantu’. Begitu tanggapan segelintir penduduk yang mendiami sebuah penempatan di Jalan Tok Ungku/Jalan Loop, Rahang, di sini, terhadap dua rumah tinggal yang bukan saja dipenuhi semak-samun, malah dikhuatiri turut menjadi sarang haiwan berbisa.
Berdasarkan keadaan strukturnya, rumah terbabit ditinggalkan dalam tempoh lama.


Penduduk, Samuel Yesuiah, 54, berkata rumah itu ditinggalkan lebih 10 tahun hingga sebahagian daripada struktur bangunannya rosak selain dipenuhi semak-samun.


“Keadaan rumah terbabit merisaukan penduduk taman ini terutama mereka yang duduk bersebelahan kerana ia boleh menimbulkan pelbagai masalah lain termasuk ancaman keselamatan dan kesihatan.


“Malah, saya pernah menerima aduan beberapa penduduk di kawasan itu yang mengatakan rumah mereka dimasuki binatang berbisa seperti ular dipercayai datang dari rumah tinggal itu,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.



Beliau berkata, pihaknya difahamkan pemilik rumah terbabit menetap di luar kawasan dan tidak pernah menjenguk rumah itu sejak membelinya dan meninggalkannya tanpa penyelenggaraan sempurna.



Katanya, pemilik terbabit sepatutnya bertanggungjawab dan sentiasa menjaga kebersihan kawasan rumah serta tidak membiarkan ditumbuhi semak-samun hingga menjejaskan keselamatan penduduk di situ.


Samuel berkata, pihaknya sudah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenai kedudukan rumah terbabit, namun terdapat kekangan tertentu termasuk pemiliknya gagal dihubungi dan menyukarkan tindakan diambil.


Namun, saya berharap mereka melakukan sesuatu terhadap rumah tinggal ini kerana ia menjejaskan keselamatan penduduk, malah kami khuatir ia diambil kesempatan pihak tidak bertanggungjawab untuk menjadikannya sarang penagihan dadah atau kegiatan jenayah,” katanya.
sumber : Hmetro online

--> Bagi pandangan saye,,baik sewakan rumah yang anda x duduk tu..sekurang kurang nye ade org jaga..dpt gak duit sewa kan..huhu..hmm tp mungkin juga sebab xde org nk sewa..but..syg r umah bukan murah..kalau terbiar mcm tu..bagi r org 2 susah duk...huhu sewa murah2..maybe ade org berminat nk duk..tolong jaga pun kire baik la tu kan.....:0)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...