Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Sunday, April 17, 2011

IPD Melaka Tengah terbakar angkara khianat


MELAKA: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, di sini, gempar apabila kebakaran berlaku di tepi pintu bilik unit trafik dipercayai akibat perbuatan khianat kira-kira jam 7 malam kelmarin.Bagaimanapun, kebakaran kecil itu disedari seorang anggota cawangan penguat kuasa trafik yang kebetulan melalui kawasan itu untuk ke tandas, sekali gus mengelak api merebak ke bahagian blok lain.


Difahamkan, anggota terbabit bertindak pantas menggunakan alat pemadam api untuk memadam api yang turut menyambar belakang sebuah motosikal jenis Honda CBX 750 cc.Kebakaran itu juga didakwa berlaku akibat bahan mudah terbakar yang diisi di dalam botol kaca sebelum dipercayai dilemparkan ke atas bumbung dan dinding pejabat berkenaan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman mengesahkan kejadian itu.



Menurutnya, kebakaran itu tercetus dipercayai akibat bahan mudah terbakar, namun beliau enggan menghuraikan terperinci mengenainya.“Siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca kejadian dan kerosakan yang berlaku. Saya tidak boleh mengulas mengenainya sehingga menerima laporan lengkap siasatan,” katanya.




Beliau turut tidak menolak kemungkinan kejadian disebabkan perbuatan khianat dan masih menyiasat motifnya.Menurutnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang ada maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan.




Dalam perkembangan berkaitan, dua anggota trafik dilihat sibuk membersihkan motosikal berkuasa tinggi yang terjejas dalam kebakaran itu, petang semalam.Pemerhatian mendapati ada kesan serbuk pemadam api dan asap hitam di dinding, selain beberapa serpihan kecil kaca bertaburan di atas lantai simen dan atas bangunan pejabat itu.

-semoga mereka2 yang melakukan perbuatan ini diberkas secepat mungkin!!! 



2 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

ye ke... ni mesti kes xpuas hati ngan polis la ne ek... xde tamadun tol la...

Cphidayah said...

no komen tet..!!huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...