Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Friday, April 1, 2011

Malek Noor masuk ICU



Malek Noor kelihatan ceria bersalaman dengan Zambry Abdul Kadir sebelum mengalami serangan jantung (kanan) dipapah selepas lima minit perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan bekas pemain kebangsaan dan pilihan Menteri Besar Perak di Stadium Ipoh, semalam. – utusan/MOHD. NAJIB MOHD. NOR


IPOH 31 Mac – Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai dekat sini setelah mengalami serangan jantung ketika bermain bola sepak bersama pasukan pilihan Menteri Besar malam tadi.Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohd. Noor, 54, yang bermain sebagai penjaga gol dilaporkan mengalami pening kepala kira-kira lima minit selepas perlawanan bermula.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Paduka Dr. Mumtaz Jaffar berkata, Malek kemudiannya dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sebelum dipindahkan ke Hospital Pantai.
Menurutnya, bekas jaguh bina badan itu yang mewakili pasukan Legenda Negara pada mulanya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun sebelum dipindahkan ke Hospital Pantai.“Beliau sempat berpaut pada jaring gol sebelum memanggil Pengurus Keahlian Yakeb, Aminuddin Mohd. Nasir yang berada di tepi padang dan mengadu mengalami pening kepala.

“Sekarang dia masih berada di ICU dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya ketika ditemui di hospital itu hari ini.
Perlawanan persahabatan itu adalah antara bekas pemain kebangsaan era 1960-an hingga 90-an menentang pasukan veteran Menteri Besar Perak yang diketuai oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.Pakar Perunding Kardiologi Hospital Pantai, Dr. Chan Chong Guan pula berkata, pihaknya sedang memantau rapi keadaan Malek dalam tempoh 48 jam ini.“Dalam tempoh itu kita akan melihat kadar degupan jantungnya, sekiranya tiada masalah beliau akan dipindahkan ke wad biasa dalam tempoh dua hari lagi,” katanya.

Sementara itu abang angkat Malek, Nik Mahmud Nik Yusof, 62, memberitahu, kejadian tersebut kali pertama dialami bekas jaguh bina badan itu. “Malek sebelum ini tidak pernah mengadu sakit, jadi saya tidak mengetahui jika beliau mempunyai sakit jantung, sebelum ini keadaannya baik sahaja,” katanya.

2 comments:

Anonymous said...

orang yang aktif bersukan pon tak blh lari dari penyakit jantung..

Cphidayah said...

Betul tu..penyakit senrangan jantung..x kira siape..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...