Majikannya, Tan Choo Tang, 56, yang juga pensyarah bidang reka bentuk industri dan isteri, Wee Phooi Khuan, 47, bersama anak serta beberapa ahli keluarga mereka yang lain banyak membantu Sarmini menamatkan pengajiannya terutama dari segi pengajaran bahasa Inggeris.Warga Indonesia belajar separuh masa dapat CGPA 3.39
Anak kelahiran Kampung Banyumas, Jawa Tengah itu yang memperoleh mata purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.39 akan menerima Diploma Pengurusan pada hari ketiga Konvokesyen ke-10 OUM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
“Majikan sentiasa menganggap saya sebagai ahli keluarga mereka selain memberi layanan baik sehingga sanggup membiayai sebahagian daripada kos pembelajaran di OUM. Tanpa mereka tidak mungkin saya mengecapi kejayaan ini.
“Saya datang bekerja ke Malaysia sebagai pembantu rumah bertujuan mengumpul duit dan mahu menyambung pelajaran sebelum menjadi guru dalam bidang keagamaan di salah sebuah sekolah kerajaan di Indonesia.
-bharian-
* aku sungguh kagum dengan majikan di atas nih,huhu siap support lagi pembantu die..jarang kite dengar perkara sebegini..yang selalu kite dengan tentang majikan mendera pembantu rumah la..dan sebagainya...patut ramai lagi boleh contohi majikan sebegini..saling tolong menolong..die tolong uruskan rumah kite ..kite plak tolong mereka supaya mereka memperolehi masa depan lebih cerah satu ketika nanti.. tapi x kurang hebatnye ade juga pembantu rumah yang amik kesempatan kepada majikan mereka..yang ini harap dijauhi la ye..
2 comments:
kalau pembantu rumah diberi peluang un nk belajar.. ni kan pula anak bangsa kita yg dh diberi kemudahan belajar mengsia2 kan peluang tu.. haish..
betul tuh..huhu memang begitu..peluang depan mate kita x nampak..bila nampak org lain berjaya baru la rase nk itu ini..huhu..:D
Post a Comment