Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Friday, October 28, 2011

Gempa bumi bermagnitud 5.2 landa tenggara Turki

ISTANBUL 28 Okt. – Satu gempa bumi berukuran 5.4 skala Richter menggegarkan tenggara Turki, semalam, beberapa hari selepas gempa sekuat 7.2 magnitud yang meragut 523 nyawa melanda negara ini pada Ahad lalu.

Menurut Pusat Kawalan Kandili, gegaran tersebut dikesan pagi ini di Yuksekova, dekat sempadan Iraq.Pekan tersebut terletak 200 kilometer di tenggara wilayah Van yang dilanda gempa kuat hujung minggu lalu.

Gabenor Yuksekova, Uzeyir Aizi Ozeren berkata, tiada kemusnahan dilaporkan setakat ini, dan mereka sedang berusaha menghubungi penduduk kampung di wilayah tersebut.
Sementara itu, di pekan Ercis, pasukan penyelamat menyelamatkan seorang remaja berusia 18 tahun yang terperangkap selama kira-kira 100 jam di celah-celah runtuhan bangunan.

Mangsa, Aydin Palak kemudiannya dibawa ke hospital di Ercis dan doktor memaklumkan dia berada dalam keadaan stabil sebelum dihantar ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan lanjut. – AFP

sumber-Utusan


  • Banyak sungguh kejadian gempa bumi berlaku dimerata dunia akhir-akhir ni, Cp rasa simpati dengan mangsa-mangsa yang terlibat didalam tragedi bencana alam ni diharapkan mereka sentiasa tabah dan sabar menghadapi kehidupan yang mendatang tanpa insan2 yang tersayang disisi. Bukan sahaja gempa bumi yang berlaku di Istanbul malah di negara-negara lain seperti Indonesia,Jepun dan sebagainya. Bersyukur sangat Malaysia masihditahap selamat, jadi hargailah segala nikmat yang kita ada ...

Thursday, October 27, 2011

Menghargailah dari Dihargai


Semasa zaman kanak-kanak,
Menghargai ibu dan ayah yang telah melahirkan, membesarkan, mendidik, memberikan pakaian, makan-minum, tempat tinggal, sekolah, duit belanja, permainan, dan banyak lagi.
Menghargai adik-beradik yang sama-sama di ajak bermain, along, angah, uda, alang, ateh, tam, acik, anjang, busu, yang teman menonton tv, yang teman keluar berjalan.
Menghargai saudara-mara yang ibarat mengganti keluarga di mana-mana sahaja kita berada.
Menghargai cikgu-cikgu yang telah mengajar, yang marah didalam kelas, yang senyum selalu ketika mengajar, yang memberi hadiah bila berjaya, yang menanda buku sekolah, dan macam-macam lagi yang cikgu buat.
Menghargai kawan-kawan sekolah yang baik atau nakal, yang duduk disebelah kiri kanan depan belakang, yang berjalan bersama-sama, yang makan di kantin bersama-sama, yang mengusik, yang belajar, dan banyak lagi kerenah.
Semasa zaman remaja,
Menghargai sahabat-sahabat yang mula bersama-sama mengorak langkah, membuat sesuatu yang baru, yang mengajak ke masjid, yang mengejutkan ketika tidur dalam kuliah, yang menasihati dan menegur, dan segala-galanya yang mereka lakukan.
Menghargai orang sekeliling yang banyak membantu dalam kehidupan seharian, yang memberikan senyuman sedekah, yang menguruskan urusan-urusan penting dan lain-lain lagi.
Semasa zaman dewasa,
Menghargai keluarga sendiri, suami, isteri, anak-anak, yang menjadi penawar suka dan duka, yang menceriakan kehidupan, yang mendorong bersama-sama membina keluarga bahagia, dan semuanya.
Menghargai jiran-jiran yang sedia ketika susah atau senang, walau tidak semuanya peramah dan mesra, yang menziarahi ketika sakit dan lain-lain lagi.
Dari semasa ke semasa hingga ke akhir hayat,
Menghargai cinta yang telah Allah SWT limpahkan,
Menghargai kasih-sayang yang telah Nabi Muhammad SAW curahkan,
Kesimpulan,
Adakah kita telah dan selalu menghargai daripada rasa ingin dihargai? Kenapa kali ini saya mempersoalkan tentang perkataan "menghargai" ini? Sahabat pembaca, nilai menghargai lebih mulia dari dihargai. Dihargai sudah tentulah daripada kebaikan atau keperibadian diri sendiri yang dikagumi seseorang.
Orang akan menghargai kita yang telah berbuat baik kepadanya. Orang akan menghargai kita yang telah membantunya. Orang akan menghargai kita yang telah menegurnya. Dan macam-macam lagi contoh apabila kita dihargai.
Namun sejauh manakah kita memanjatkan rasa syukur apabila kita dihargai? Berbeza apabila kita cuba menghargai sesuatu. Orang baik kita hargai. Orang nakal kita hargai. Nakal tidak bermakna kita perlu banggakan sikapnya, tetapi kita menegur dan menasihati dengan sikap berlembut dan bersopan.
Kadang-kadang kita tidak sedar akan orang-orang yang dikurniakan Allah untuk berada dekat dengan kita, tetapi kita menjauhinya atau menghinanya apabila kita menemui kelemahan dan kekurangannya. Mungkin ini adalah sebahagian ujian dari Allah untuk kita dalam menghargai setiap pemberianNya.
Dan yang paling besar dan tidak ternilai apabila kita menghargai Allah SWT. Menghargai dengan mengenalinya dengan lebih dekat, mencintaiNya setiap saat bernafas, mengingatiNya ketika susah dan senang, mencarinya tanpa tempat dan masa, dan mengabdikanNya erat dan utuh didalam jiwa.
Dan menghargai insan bernama Nabi Muhammad SAW yang berakhlak Al-Quran kalam Allah. Yang sentiasa mendahulukan umatnya walaupun pada saat akhir nafasnya menghembus kedunia. Sahabat pembaca, masih jelaskah kamu dengan erti menghargai ini? Sama-samalah kita bermuhasabah akan sifat-sifat kita yang kurang, dan berubahlah kepada yang lebih menghargai. Dan Allah Maha Mengetahui.

Personal Trainer Part 2- Xclusive Fitnesz


Assalammualaikum semua cp nak citer aktiviti cp kat Xclusive Fitnesz, Kesinambungan dari part 1, mcm drama bersiri pulak, okay khamis yang lepas adalah second day bersenam bersama dengan PT Maisarah dan kali ni lebih focus kepada senaman kaki, jadi Cp perlu nak treadmill dan eliptical machine , 15 minit setiap satunya. Kemudian rehat selama 2 minit kemudian disambung pula aktiviti di dalam bilik aktiviti seperti aerobik,yoga dilakukan. Di situ Cp perlu lakukan beberapa pergerakan kaki ...berjalan cepat ...melompat..buat kekuda dan sebagainya ,,walaupun letih tapi seronok sebab setiap kali sesi pasti Cp akan pelajari cara senaman baru dan senaman ini boleh dilakukan dimana-mana sebenarnya asalkan kita nak..:D di mana ada jalan disitu ada highway hihi..kalau ingin keterangan lanjut boleh Like page Xclusive Fitnesz ini kay..:D 


Sunday, October 16, 2011

Personal Trainer Part 1- Xclusive Fitnesz

Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu semua, Harap semua sihat wal'afiat di sisi keluarga tercinta, entry kali ni Cp nak ceritakan aktiviti Cp bersama personal trainer Maisarah untuk free 1 session selepas register sebagai member di gym Xclusive Fitnesz. Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan gym ni Cp ade buat page die just klik sini and boleh layari website klik sini untuk keterangan lebih lanjut mengenai gym ni.

Untuk first session ni, personal trainer (PT) Maisarah memperkenalkan Cp dengan semua equipment yang ada dalam gym, bagaimana untuk gunakan dan untuk apa kita gunakannya. Cp rasa teruja dan seronok sebab ada orang guide Cp untuk buat senaman-senaman ni, sebab kalau sendiri mungkin buat jugak tapi tak sama la , sebab kita mungkin x tahu kan cara yang betul dan benefit disebaliknya. Jadi dengan keterangan dari PT Maisarah ,jadi fahamlah cp sekarang serba sedikit kaedah menggunakan peralatan Gym dengan betul.

15 minit pertama Cp disuruh untuk menggunakan Elliptical Machine,dimana ianya memerlukan pergerakan kaki dan tangan, dan jika dibandingkan dengan treadmills , Elliptical machine nih lebih cepat membuang kalori berbanding treadmills tapi kaki Cp sakit sikit naik menda nih sebab cp jarang gunakan tapi sesi bersama Maisarah haritu Cp naik, bg Cp ok jugak ...:D but naik treadmills pun okeh..and dedua adalah untuk menguatkan kaki sebenarnya..

Selepas tu, rehat 2 minit kemudian Cp lakukan senaman menggunakan peralatan lain dengan bimbingan oleh PT Maisarah, sesi bersama PT Maisarah selama 1 jam, memang meletihkan tapi sangat menyeronokkan..

Cp suka buat exercise ni..:D

Menggunakan Bola untuk buat "sit-up"

PT Maisarah bagi sedikit sebanyak tips dan tunjuk ajar

Jadi kalau ada sesiapa nak join CP exercise di sini, boleh g ke Website Xclusive Fitnesz untuk maklumat lanjut okay..:D..Jumpa di sana.

Tuesday, October 11, 2011

Bila sudah tiada baru dikenang~

Assalammualaikum, apa khabar semua harap sihat Wal'afiat di samping insan2 tersayang disisi. Hari ni Cp nak share sedikit pendapat Cp mungkin ade yang setuju dan mungkin ada yang tidak setuju tapi ini hanyalah sekadar pendapat Cp. Kita tau ajal maut semua di tentukan Allah S.W.T, dalam kita sihat2 pun ada juga yang pergi, jika itu telah tertulis, x kira siapa kita popular,,x popular..bila ajal kita sudah tiba tiada siapa yang dapat menghalang. 

Cp sebenarnya pelik kenapa bila orang2 sudah pergi baru nak beri penganugerahan,pingat dan sebagainya?? kenapa tidak semasa masih hidup?? kenapa dari mula kita x menghargai mereka..? bila sudah pergi baru sedar insan ini...atau insan itu banyak menyumbang bakti kepada negara dan sebagainya. Cp bukan apa, bagi Cp kalau betul nak menghargai jasa insan2 yang berbakti kepada negara dan sebagainya..berilah semasa mereka masih hidup bukannya setelah mereka sudah tiada..sebab ianya bukan boleh di bawa kemana-mana..

Kenapa tidak diadekan kenduri arwah?? kepada semua insan2 yang berjasa ini ..sedekahkan yasin beramai-ramai dengan harapan semoga roh mereka disemadikan bersama insan2 yang beriman..Yang lagi Cp pelik, mereka telah meninggal tapi dianugerahkan darjah kebesaran seperti pangkat Datuk, Tan Sri dan sebagainya..Cp pelik sebenarnya..bukan begitu sahaja cara untuk mengenang jasa..masalahnya setelah pemergian baru nak dikenang..

Jadi jika betul ada pihak2 yang ingin memberi pengiktirafan, penghargaan dan sebagainya kepada insan yang sepatutnya menerimanya..berilah semasa mereka masih ada bukan nya setelah tiada.. Dari sekarang kita sudah patut menghargai.. ini sekadar hanya pandangan..jika ada yang berasa hati CP mintak maaf ye..:D

Monday, October 10, 2011

Jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Sunday, October 9, 2011

Tahanan lelaki ditemui mati dalam lokap mahkamah


KOTA BHARU: Seorang tahanan lelaki ditemui mati di dalam lokap Mahkamah Kota Bharu di sini hari ini.  Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar berkata tahanan  berumur 43 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri dalam lokap berkenaan pada jam 3 petang oleh seorang anggota polis yang bertugas. "Seorang anggota polis pergi ke lokap tahanan itu untuk membawa tahanan itu ke Penjara Pengkalan Chepa setelah dituduh di mahkamah melihat tahanan itu terbaring tidak sedarkan diri. 

"Melihat keadaan tahanan itu, anggota polis berkenaan menghubungi pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu dan hasil pemeriksaan pihak hospital di lokap itu mendapati tahanan terbabit telah pun meninggal dunia," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau berkata mayat tahanan itu kemudian dibawa ke HRPZ II untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya. Tahanan itu yang berasal dari Kampung Badang, dekat sini disyaki penagih dan penghidap HIV. Dia ditahan Rabu lepas dan dibawa ke mahkamah hari ini untuk dituduh kerana disyaki melakukan kesalahan penyalahgunaan dadah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -- BERNAMA 

Saturday, October 8, 2011

Forteen - Berdua Bersatu


Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu



Chorus
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu



Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Ulang Chorus


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...