Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Tuesday, April 24, 2012

Saya Mahu berJaya




Assalammualaikum dan selamat malam semua....harap semua sihat Sejahtera...

Alhamdulilah Cp sudah pun habis tamatkan pengajian Sarjana Cp, dugaan memang banyak , kalau putus asa memang sukar untuk habiskan pengajian nih.. berkat sokongan keluarga dan rakan 2 akhirnya berjaya juga cp habiskan pengajian ni. InsyaAllah bulan May konvokesyen Cp. Habis je belajar bulan january haritu cp terus kerja sempat cuti dalam 2 minggu je mcm tu, tapi kerja nye biase je buat sales. Bukan semua orang nak buat kerja nih, bukan semua orang boleh buat sales, sebab tu la cp sahut cabaran hihi cuba amik pengalaman sambil mempraktikan teori marketing and sales yang cp da belajar cewah..:D..memang banyak dugaan buat sales ni lebih2 lagi face to face dengan pelanggan..macam2 jenis orang cp jumpe tapi seronok sebenarnye sebab kerja ni outdoor x duduk je kat office..dapat jumpe ramai org..dapat pergi banyak tempat..agak seronok jugak..:D untuk pengalaman tu elok sngt lah kan.. tapi dalam masa yang sama Cp masih mencari kerja2 lain yang lebih menjamin masa depan...

Sekarang ni ramai fresh graduates bersaing untuk mendapatkan kerja..lebih2 lagi jika kerja tu memberikan benefit yang bagus interm of salary,medical dan lain2 lagi...siapa xnk kan?? jadi semua kena bersaing secara sihat untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan tu..tapi memang x boleh nak memilih sngt kerja sekarang ni..apa sahaja peluang yang datang depan mata..peluang itulah yang perlu kita ambil ...dan jika ade peluang yang lebih baik..kita ambil pula peluang yang tu ..untuk menjadi manusia  yang berjaya kita memang perlu mula dari bawah..org yang berjaya sekarang ni pun..pernah hadapi masa sukar mereka..jadi Cp yakin semua insan mampu menjadi manusia berjaya bukan sahaja didunia tapi diakhirat jika kita memang ingin kearah itu..nawaitu tu yang penting...

Buat masa ni cp sendiri pun runsing fikirkan arah mana yang ingin cp tuju setelah tamat pengajian..memang banyak application cp sudah antar..few temuduga juga cp sudah pergi..tapi belum ada rezeki tapi xpe..benda yang baik tu kadang2 bukan dalam mase singkat kita boleh dapat..jadi cp kena bersabar..cp jugak x terkecuali apply untuk jadi lecturer..macam rakan2 sarjana yang lain..sebab kebanyakan pelajar yang ambil sarjana/master..mereka akan lebih prefer untuk sambung dlm bidang education..sebab peluang kearah itu memang ada..memandang untuk menjadi pensyarah pun sekurang-kurangnya perlu ada master..jadi why not ambil peluang yang ade..aply..mana tau rezeki..jadi pensyarahlah kami..tapi rakan2 cp memang da ade yang terus jadi pensyarah ..sehabisnya belajar..sebab mereka under tenaga pensyarah muda(TPM)..itulah benefit bg mereka yang dpt scholar TPM uitm..mereka akan terus dihantar mengajar tamat dari pengajian...Apapun rezeki masing2 sudah ditentukan terpulang pada kita..untuk usahakan...

Thanks for ur time.. :-)

Friday, February 3, 2012

Oh kampung!

Salam Jumaat yang penuh barakah...Salam Maulidur Rasul tinggal sehari, dua je lagi kan :) ... Cp ada kat kampung yeay!! Lama jugak cp x balik kampung sebulan dua x balik..huhu sebab busy sangat dengan macam2 jenis assignment , kesian nenek Cp asik menunggu kepulangan cucu-cucunya pulang huhu.. "Mintak Maaf Uwan..Cucumu ini terlalu leka dengan kerja2nya..hinggakan tidak sempat untuk pulang melawat uwan...tapi sekarang cucumu ini sudah cuti seketika..bolehla jumpa uwan :)".. pasti gembira ibu bapa, atuk nenek bila tngok anak cucu pulang bercuti..Cp dapat rasekan perasaan gembira mereka tu..huhu Mereka bukan inginkan duit berjuta-juta..hadiah yang mahal2.. mereka hanya inginkan sedikit masa bersama itu sahaja.. kerana macam2 cerita mereka nak share dengan kita..;) macam2 perkara mereka nak lakukan bersama.. itu yang buatkan Cp jadi serba salah kalau x dpt luangkan mase dengan semua insan 2 yang cp syg..Apapun harap mereka faham ... :)

Cp suker balik kampung kerana suasana kampung amatlah berbeza dengan keadaan di bandar..sini persekitaran lebih hijau..segar..aman ..tenang..  bila balik kampung..mesti perasaan rasa berbeza..berubah mengikut persekitaran la katekan... Dari kecil memang berulang alik ke kampung dengan ayah bonda.. bila da besar ni..dah boleh bawak kereta sendiri...kena ada rasa tanggungjawab balik melawat mereka2 di kampung halaman.. tapi kadang2 kita terpakse delay niat nak pulang ke kampung halaman tu..dek sebab2 tertentu..xpe janji kita ingat mereka..kadang2 ada time..kol2 mereka..xpun fb...skype ngan depa ke kan..hihihi.. :D

Kelebihan duduk di kampung ni..boleh dikatakan kebanyakan jiran tetangga semuanya bukan orang lain..mesti ada ikatan persaudaraan..rapat..jauh..bau2 bacang...even xde pape ikatan persaudaraan pun..sure rapat..masing2 kenal satu sama lain..satu kampung semua kenal...bila ada kenduri..semua pasti terlibat..datang awal..tolong2..dan mereka semua amik berat antara satu sama lain..jika seorang sakit..pasti satu kampung tahu..dan akan dtg ziarah jika ada kelapangan..itulah nilai2 murni yang masih wujud hingga ke hari ini..tapi ini bukan bermakna kehidupan dibandar tidak wujud hubungan seperti ni..ada juga..cuma mungkin berbeza sedikit..dan kebanyakan jiran2 tetangga di bandar sngt sibuk dengan urusan masing2..tapi masih ada masa untuk berborak..cuma masa tu terbatas..apabila ada majlis kahwin atau doa selamat..mase tula mase terbaik untuk berjumpe..apepun hidup di bandar mahu dikampung.. hubungan sesama manusia..memang kena dijaga..hidup bermasyarakat la katekan..

Ok..sudah panjang berceloteh..sambil menemani uwan..dan Golas (kucing ensem) menonton tv :) Assalammualaikum..

Wednesday, February 1, 2012

Terima kasih Sahabat


Banyak Fasa dalam kehidupan telah kita semua lalui , Cp tidak terkecuali dari tadika sampaikan univesiti, teman silih berganti lebih-lebih lagi Cp sering berpindah randah jadi menemui insan baru dalam hidup memang menjadi kepastian setiap kali berpindah. Cp tak nafikan memang perit meninggalkan teman yang telah dikenali dan memang janggal untuk memulakan perkenalan baru , setiap kali pindah itulah dugaan yang perlu dihadapi, tapi bila meningkat dewasa teknologi jugak sudah makin canggih yang jauh jadi dekat...yang dekat jadi rapat, jika kita jauh sekalipun kita masih boleh berhubung menggunakan laman sosial,google talk,Skype,Ym..mcm2 lagi janji kena ada line internet kat kawasan tersebut.

Melalui Fasa menjadi seorang pelajar sangat seronok, dan walaupun sudah habis Cp masih lagi belajar..kerana ilmu tu luas tidak merangkumi ilmu di dalam universiti semata-mata, ilmu dunia akhirat masih banyak Cp perlu belajar. Perkara paling seronok zaman belajar adalah "berSahabat"... Semua sekolah cp pergi mesti jumpa sahabat baru..memang seronok tapi yang tak seronok bila berpisah.. tapi Alhamdulilah walaupun berpisah..Fb menyatukan Cp dengan rakan2 dari zaman sekolah rendah,menengah,diploma,degree ,practikal n semestinya Master.

Sangat seronok bersahabat..kadang-kadang sahabat lebih memahami diri ini berbanding keluarga sendiri... hidup tanpa sahabat sukar nak diterjemahkan... Semua kenangan yang Cp lalui sepanjang kehidupan Cp adalah kenangan yang indah..walaupun kadangkala ada saat yang memeritkan cp jadikan ianya sebagai dugaan untuk mendewasakan diri. 

Cp sayang sahabat-sahabat Cp bagaikan sayang keluarga dan saudara Cp.. Semoga ukhwah antara kita dengan sahabat-sahabat kita semua terus terjalin hingga ke akhir hayat insyaAllah... Rakan2 master.. terima kasih..jika tiada bantuan anda semua ..sukar untuk saya menyempurnakan pengajian yang penuh panca roba nih.... huhu "Aishah, k.shahrul, k.linda, mira, fatin, qila, ida, Chibi, Pika, Khai, miza, ash, Y , Mahsa, Bell, Ninie,K.tZ,K.zara, Anne,Seriyana,k.saf, wanie, Norzan, Azlinda,Yazmeen, Zati, Malek, Faz, Ridzal, yuhafidz, cetonk, fahmy, Izfar , Payjay, amri, Shazeer , Taj, "...maaf kalau ade yg tertinggal..rase semua da ade..huhu... terima kasih kamu semua..kerana hadir dalam hidup saya..marilah sama2 berjuang melalui fasa baru dalam kehidupan...Ukhwah Fisabililah.....

To Ain..~ thank you..coz u always there for me..i know... 


TERIMA KASIH SEMUA ...KERANA HADIR DALAM HIDUP CP..
(Sahabat2 blogger tidak ketinggalan)... :D


Sunday, January 15, 2012

Dugaan menjadikan kita tabah!

Assalammualaikum dan salam hujung minggu kepada semua rakan2, lama sungguh cp x update blog ni .. dah berhabuk-habuk memang susah nak bersihkan habuk2 kat blog ni akibat terlampau lama cp tinggalkan. Cp sangat sibuk sampaikan xde masa untuk meluah perasaan kat sini, Alhamdulilah semester akhir cp bakal berakhir tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tapi result nya xtahu la lagi macam mana, doakan yang terbaik untuk cp ye kekawan.  Sebenarnya banyak dugaan yang cp perlu tempuhi akhir-akhir ni, dan bukan mudah menjadi pelajar, tapi cp x cakap pula senang menjadi pekerja..cuma situasinya berbeza. Untuk semester akhir cp ni, cp perlu menyiapkan thesis ABR (Applied business research) disamping beberapa subject lain..dan semuanya bagi cp sngt mencabar minda cp..huishh.. memang stress sangat2.. nak menangis pun air mata da kering..sebab tekanan yang sngt tinggi.. jadi cp sarankan sesiapa yang nak sambung master nanti...pastikan kamu semua betul2 bersedia dan jangan mudah putus asa ye..kena bertarung habis habisan hingga ke akhir semester. 

Lepas habis belajar ni, perlu mengorak langkah lebih jauh untuk menceburi dunia pekerjaan yang cp tahu lebih mencabar, apa pun cabaran itulah yang akan mematangkan dan membuatkan kita lebih kuat sebenarnya. Cp sudah bersedia untuk tempuhi dugaan2 yang mendatang lepasni, biarlah apa pun jadi, janji ayah ibu cp sentiasa support cp dari belakang..asalkan rakan2 cp masih bersama cp.. berjuang sama2 dalam masa yang sama mencari keberkataan dan keredhaan Allah S.W.T..

Memang tak mudah untuk berjaya dalam hidup ni, tetapi tidak mustahil.. jadi cp ingin jadi orang yang berjaya.. insan yang boleh membanggakan ayah dan ibu cp.. putus asa haruslah cp ketepikan kerana apa pun xkan menjadi jika kita berputus asa... Jadi rakan2 ayuh kita bangkit..jangan jadikan putus asa, dugaan yang datang sebagai alasan untuk kita tidak berjaya.. biarlah apa orang lain nak kata..asalkan apa yang kita lakukan benar , diberkati dan memberi manfaat kepada manusia sejagat... InsyaAllah..ada caranya~

Thursday, November 17, 2011

Video Mat Luthfi menarik

Bismillahirrahmanirrahim, Khaifa halukum? Alhamdulilah diharapkan semua sihat Wal'afiat :D, Busy dengan kehidupan sehinggakan terasa lamanya cp tidak mengupdate entry baru, seperti sedia maklum semester telah bermula,macam2 perlu difikirkan dan insyaAllah ini final semester Cp dan diharapkan segala urusan dipermudahkan sehingga akhir semester ni. 

Cp sebenarnya nak berkongsi dengan kawan2 tentang video yang telah menarik perhatian Cp dan sedikit sebanyak membuatkan Cp terfikir , benar juga ..Video yang Cp maksudkan adalah video yang telah dihasilkan oleh Mat Luthfi. Siapa Mat Luthfi, Cp yakin dan pasti ramai blogger di Malaysia ni Mengenali nya sebab dia antara Vlog yang terkenal selain Anwar Hadi. Mat luthfi adalah pelajar di Oversea tapi dari pemerhatian cp walaupun dia di luar negara tapi dia sangat mengikuti keadaan di Malaysia. Seperti industri hiburan tempatan, juga issue 2 semasa yang lain. Dia banyak menggunakan idea nya sendiri dalam menghasilkan video2,kadang2 dia akan meminta rakan2 atau sesiapa yang terdekat untuk menjadi pemegang kamera ataupun pelakon pembantu dan bagi cp dia sangatlah creative. Cara percakapan di hadapan Camera juga tidak kaku dan lawak-lawak yang diselitkan dengan unsur-unsur pengajaran juga menarik.

Lakonan-lakonan bersahaja dengan menggunakan peralatan prop yang simple berjaya menghasilkan sebuah video yang menarik minat ratusan ribu penonton menonton,dan Cp kadang-kadang tersenyum sendiri melihat gelagat anak muda ni, tidak dinafikan bukan Mat Luthfi sahaja yang berjaya menaikkan name di Vlog tetapi ada juga nama 2 lain seperti Anwar hadi dan Shortnap dan mereka  ni fluence in English :D. 

Mari sama-sama kita saksikan antara video-video menarik Mat Luthfi :







Friday, October 28, 2011

Gempa bumi bermagnitud 5.2 landa tenggara Turki

ISTANBUL 28 Okt. – Satu gempa bumi berukuran 5.4 skala Richter menggegarkan tenggara Turki, semalam, beberapa hari selepas gempa sekuat 7.2 magnitud yang meragut 523 nyawa melanda negara ini pada Ahad lalu.

Menurut Pusat Kawalan Kandili, gegaran tersebut dikesan pagi ini di Yuksekova, dekat sempadan Iraq.Pekan tersebut terletak 200 kilometer di tenggara wilayah Van yang dilanda gempa kuat hujung minggu lalu.

Gabenor Yuksekova, Uzeyir Aizi Ozeren berkata, tiada kemusnahan dilaporkan setakat ini, dan mereka sedang berusaha menghubungi penduduk kampung di wilayah tersebut.
Sementara itu, di pekan Ercis, pasukan penyelamat menyelamatkan seorang remaja berusia 18 tahun yang terperangkap selama kira-kira 100 jam di celah-celah runtuhan bangunan.

Mangsa, Aydin Palak kemudiannya dibawa ke hospital di Ercis dan doktor memaklumkan dia berada dalam keadaan stabil sebelum dihantar ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan lanjut. – AFP

sumber-Utusan


  • Banyak sungguh kejadian gempa bumi berlaku dimerata dunia akhir-akhir ni, Cp rasa simpati dengan mangsa-mangsa yang terlibat didalam tragedi bencana alam ni diharapkan mereka sentiasa tabah dan sabar menghadapi kehidupan yang mendatang tanpa insan2 yang tersayang disisi. Bukan sahaja gempa bumi yang berlaku di Istanbul malah di negara-negara lain seperti Indonesia,Jepun dan sebagainya. Bersyukur sangat Malaysia masihditahap selamat, jadi hargailah segala nikmat yang kita ada ...

Thursday, October 27, 2011

Menghargailah dari Dihargai


Semasa zaman kanak-kanak,
Menghargai ibu dan ayah yang telah melahirkan, membesarkan, mendidik, memberikan pakaian, makan-minum, tempat tinggal, sekolah, duit belanja, permainan, dan banyak lagi.
Menghargai adik-beradik yang sama-sama di ajak bermain, along, angah, uda, alang, ateh, tam, acik, anjang, busu, yang teman menonton tv, yang teman keluar berjalan.
Menghargai saudara-mara yang ibarat mengganti keluarga di mana-mana sahaja kita berada.
Menghargai cikgu-cikgu yang telah mengajar, yang marah didalam kelas, yang senyum selalu ketika mengajar, yang memberi hadiah bila berjaya, yang menanda buku sekolah, dan macam-macam lagi yang cikgu buat.
Menghargai kawan-kawan sekolah yang baik atau nakal, yang duduk disebelah kiri kanan depan belakang, yang berjalan bersama-sama, yang makan di kantin bersama-sama, yang mengusik, yang belajar, dan banyak lagi kerenah.
Semasa zaman remaja,
Menghargai sahabat-sahabat yang mula bersama-sama mengorak langkah, membuat sesuatu yang baru, yang mengajak ke masjid, yang mengejutkan ketika tidur dalam kuliah, yang menasihati dan menegur, dan segala-galanya yang mereka lakukan.
Menghargai orang sekeliling yang banyak membantu dalam kehidupan seharian, yang memberikan senyuman sedekah, yang menguruskan urusan-urusan penting dan lain-lain lagi.
Semasa zaman dewasa,
Menghargai keluarga sendiri, suami, isteri, anak-anak, yang menjadi penawar suka dan duka, yang menceriakan kehidupan, yang mendorong bersama-sama membina keluarga bahagia, dan semuanya.
Menghargai jiran-jiran yang sedia ketika susah atau senang, walau tidak semuanya peramah dan mesra, yang menziarahi ketika sakit dan lain-lain lagi.
Dari semasa ke semasa hingga ke akhir hayat,
Menghargai cinta yang telah Allah SWT limpahkan,
Menghargai kasih-sayang yang telah Nabi Muhammad SAW curahkan,
Kesimpulan,
Adakah kita telah dan selalu menghargai daripada rasa ingin dihargai? Kenapa kali ini saya mempersoalkan tentang perkataan "menghargai" ini? Sahabat pembaca, nilai menghargai lebih mulia dari dihargai. Dihargai sudah tentulah daripada kebaikan atau keperibadian diri sendiri yang dikagumi seseorang.
Orang akan menghargai kita yang telah berbuat baik kepadanya. Orang akan menghargai kita yang telah membantunya. Orang akan menghargai kita yang telah menegurnya. Dan macam-macam lagi contoh apabila kita dihargai.
Namun sejauh manakah kita memanjatkan rasa syukur apabila kita dihargai? Berbeza apabila kita cuba menghargai sesuatu. Orang baik kita hargai. Orang nakal kita hargai. Nakal tidak bermakna kita perlu banggakan sikapnya, tetapi kita menegur dan menasihati dengan sikap berlembut dan bersopan.
Kadang-kadang kita tidak sedar akan orang-orang yang dikurniakan Allah untuk berada dekat dengan kita, tetapi kita menjauhinya atau menghinanya apabila kita menemui kelemahan dan kekurangannya. Mungkin ini adalah sebahagian ujian dari Allah untuk kita dalam menghargai setiap pemberianNya.
Dan yang paling besar dan tidak ternilai apabila kita menghargai Allah SWT. Menghargai dengan mengenalinya dengan lebih dekat, mencintaiNya setiap saat bernafas, mengingatiNya ketika susah dan senang, mencarinya tanpa tempat dan masa, dan mengabdikanNya erat dan utuh didalam jiwa.
Dan menghargai insan bernama Nabi Muhammad SAW yang berakhlak Al-Quran kalam Allah. Yang sentiasa mendahulukan umatnya walaupun pada saat akhir nafasnya menghembus kedunia. Sahabat pembaca, masih jelaskah kamu dengan erti menghargai ini? Sama-samalah kita bermuhasabah akan sifat-sifat kita yang kurang, dan berubahlah kepada yang lebih menghargai. Dan Allah Maha Mengetahui.

Personal Trainer Part 2- Xclusive Fitnesz


Assalammualaikum semua cp nak citer aktiviti cp kat Xclusive Fitnesz, Kesinambungan dari part 1, mcm drama bersiri pulak, okay khamis yang lepas adalah second day bersenam bersama dengan PT Maisarah dan kali ni lebih focus kepada senaman kaki, jadi Cp perlu nak treadmill dan eliptical machine , 15 minit setiap satunya. Kemudian rehat selama 2 minit kemudian disambung pula aktiviti di dalam bilik aktiviti seperti aerobik,yoga dilakukan. Di situ Cp perlu lakukan beberapa pergerakan kaki ...berjalan cepat ...melompat..buat kekuda dan sebagainya ,,walaupun letih tapi seronok sebab setiap kali sesi pasti Cp akan pelajari cara senaman baru dan senaman ini boleh dilakukan dimana-mana sebenarnya asalkan kita nak..:D di mana ada jalan disitu ada highway hihi..kalau ingin keterangan lanjut boleh Like page Xclusive Fitnesz ini kay..:D 


Sunday, October 16, 2011

Personal Trainer Part 1- Xclusive Fitnesz

Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu semua, Harap semua sihat wal'afiat di sisi keluarga tercinta, entry kali ni Cp nak ceritakan aktiviti Cp bersama personal trainer Maisarah untuk free 1 session selepas register sebagai member di gym Xclusive Fitnesz. Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan gym ni Cp ade buat page die just klik sini and boleh layari website klik sini untuk keterangan lebih lanjut mengenai gym ni.

Untuk first session ni, personal trainer (PT) Maisarah memperkenalkan Cp dengan semua equipment yang ada dalam gym, bagaimana untuk gunakan dan untuk apa kita gunakannya. Cp rasa teruja dan seronok sebab ada orang guide Cp untuk buat senaman-senaman ni, sebab kalau sendiri mungkin buat jugak tapi tak sama la , sebab kita mungkin x tahu kan cara yang betul dan benefit disebaliknya. Jadi dengan keterangan dari PT Maisarah ,jadi fahamlah cp sekarang serba sedikit kaedah menggunakan peralatan Gym dengan betul.

15 minit pertama Cp disuruh untuk menggunakan Elliptical Machine,dimana ianya memerlukan pergerakan kaki dan tangan, dan jika dibandingkan dengan treadmills , Elliptical machine nih lebih cepat membuang kalori berbanding treadmills tapi kaki Cp sakit sikit naik menda nih sebab cp jarang gunakan tapi sesi bersama Maisarah haritu Cp naik, bg Cp ok jugak ...:D but naik treadmills pun okeh..and dedua adalah untuk menguatkan kaki sebenarnya..

Selepas tu, rehat 2 minit kemudian Cp lakukan senaman menggunakan peralatan lain dengan bimbingan oleh PT Maisarah, sesi bersama PT Maisarah selama 1 jam, memang meletihkan tapi sangat menyeronokkan..

Cp suka buat exercise ni..:D

Menggunakan Bola untuk buat "sit-up"

PT Maisarah bagi sedikit sebanyak tips dan tunjuk ajar

Jadi kalau ada sesiapa nak join CP exercise di sini, boleh g ke Website Xclusive Fitnesz untuk maklumat lanjut okay..:D..Jumpa di sana.

Tuesday, October 11, 2011

Bila sudah tiada baru dikenang~

Assalammualaikum, apa khabar semua harap sihat Wal'afiat di samping insan2 tersayang disisi. Hari ni Cp nak share sedikit pendapat Cp mungkin ade yang setuju dan mungkin ada yang tidak setuju tapi ini hanyalah sekadar pendapat Cp. Kita tau ajal maut semua di tentukan Allah S.W.T, dalam kita sihat2 pun ada juga yang pergi, jika itu telah tertulis, x kira siapa kita popular,,x popular..bila ajal kita sudah tiba tiada siapa yang dapat menghalang. 

Cp sebenarnya pelik kenapa bila orang2 sudah pergi baru nak beri penganugerahan,pingat dan sebagainya?? kenapa tidak semasa masih hidup?? kenapa dari mula kita x menghargai mereka..? bila sudah pergi baru sedar insan ini...atau insan itu banyak menyumbang bakti kepada negara dan sebagainya. Cp bukan apa, bagi Cp kalau betul nak menghargai jasa insan2 yang berbakti kepada negara dan sebagainya..berilah semasa mereka masih hidup bukannya setelah mereka sudah tiada..sebab ianya bukan boleh di bawa kemana-mana..

Kenapa tidak diadekan kenduri arwah?? kepada semua insan2 yang berjasa ini ..sedekahkan yasin beramai-ramai dengan harapan semoga roh mereka disemadikan bersama insan2 yang beriman..Yang lagi Cp pelik, mereka telah meninggal tapi dianugerahkan darjah kebesaran seperti pangkat Datuk, Tan Sri dan sebagainya..Cp pelik sebenarnya..bukan begitu sahaja cara untuk mengenang jasa..masalahnya setelah pemergian baru nak dikenang..

Jadi jika betul ada pihak2 yang ingin memberi pengiktirafan, penghargaan dan sebagainya kepada insan yang sepatutnya menerimanya..berilah semasa mereka masih ada bukan nya setelah tiada.. Dari sekarang kita sudah patut menghargai.. ini sekadar hanya pandangan..jika ada yang berasa hati CP mintak maaf ye..:D

Monday, October 10, 2011

Jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Sunday, October 9, 2011

Tahanan lelaki ditemui mati dalam lokap mahkamah


KOTA BHARU: Seorang tahanan lelaki ditemui mati di dalam lokap Mahkamah Kota Bharu di sini hari ini.  Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar berkata tahanan  berumur 43 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri dalam lokap berkenaan pada jam 3 petang oleh seorang anggota polis yang bertugas. "Seorang anggota polis pergi ke lokap tahanan itu untuk membawa tahanan itu ke Penjara Pengkalan Chepa setelah dituduh di mahkamah melihat tahanan itu terbaring tidak sedarkan diri. 

"Melihat keadaan tahanan itu, anggota polis berkenaan menghubungi pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu dan hasil pemeriksaan pihak hospital di lokap itu mendapati tahanan terbabit telah pun meninggal dunia," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau berkata mayat tahanan itu kemudian dibawa ke HRPZ II untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya. Tahanan itu yang berasal dari Kampung Badang, dekat sini disyaki penagih dan penghidap HIV. Dia ditahan Rabu lepas dan dibawa ke mahkamah hari ini untuk dituduh kerana disyaki melakukan kesalahan penyalahgunaan dadah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -- BERNAMA 

Saturday, October 8, 2011

Forteen - Berdua Bersatu


Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu



Chorus
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu



Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Ulang Chorus


Friday, September 30, 2011

Hidup Perlu Cekal!

Assalammualaikum, hurmm Cp sejak kebelakangan x aktif mengupdate..ish ish ish,..apela nak jadi dengan Cp ni..wake up Cp..Cp Harap semua sihat sejahtera.. Seperti yg sedia maklum..bulan september adalah bulan bermulanya semester baru bagi pelajar degree ...master...Phd and bla2...diploma start lebih awal kan?? Jadi bila start semester ..nak kate banyk sngat keje sampai x sempat nak online x jugak..tapi cp pun x tahu kenape..mungkin sebab ade penyakit "M"...hihi ape die...Carila sendiri ek..sebab tu la kot..Blog cp ni asik berhabuk jek..tenggelam timbul...silap2 boleh lemas..hihi erkk..merepek plak..

Tapi xpe..Cp akan cube cari ruang dan peluang untuk sentiase mengikuti perkembangan rakan2 blogger..:D dan mengemas kini blog Cp ni dengan pengetahuan bermanfaat untuk kita semua..insyaAllah.. Sebagai seorang pelajar pasti akan ada dugaan yang perlu dihadapi..bukan sahaja sebagai seorang pelajar..tetapi sebagai seorang insan di muka bumi nih..pasti ade dugaan yang penuh panca roba yang perlu tempuhi..jadi kesabaran yang tinggi dan sentiasa cekal menghadapi segala yang mendatang adalah sangat perlu..kadang2 diri kita x cukup kuat untuk tempuhi sesuatu ujian yang datang dalam hidup kita ..dan itu yang membuatkan kita menjadi stress dan hilang pertimbangan.. dan "down"...dan orang lain tidak akan faham apa yang berlaku kat diri kita selain diri kita sendiri...melainkan Allah S.W.T..

Tempat yang paling baik untuk kita mengadu adalah kepada Allah S.W.T..dia maha mendengar..maha mengetahui , maha pengasih..maha bijaksana.. kadang2 kita mengadu kat org lain..org jadi salah tafsir dan timbullah salah faham..jadi mengadulah pada maha pencipta..semoga segala sesuatu yang terjadi dipermudahkan.. Cp sangat kagum dengan insan2 yang berjaya pada hari ini..yang dahulunya mereka sangat susah..mereka melalui sangat keperitan dan tabah menghadapi liku2 kehidupan.. dan kadang2 Cp terfikir sejenak..bagaimana mereka boleh berada ditahap ini..?? apa yang mereka lakukan?? dan mulalah pemikiran negatif bemain di minda Cp..."aku x mungkin jadi begitu..begini.. " ... bg Cp..mereka adelah insan2 sngt cekal menempuhi hidup ini..ibu ayah cp pun adelah org berjaya di muka bumi ini..berjaya bukan sahaja diukur pd kekayaan yang mereka ade..tetapi bg cp..berjaya tu boleh juga di inteprestasikan dalam konteks yang berbeza..berjaya membesarkan anak2..berjaya menjadi muslim sejati..dan banyak lagi..banyk sebenarnye org yg berjaya..:D

Tetapi bila difikirkan semula..kenapa mereka boleh? kita x boleh? apa beza nya kita dari mereka? dua mata..dua telinga..mempunyai akal fikiran...dan sebagainya.. jadi Cp x nak putus asa pada perkara yang tak pasti..setiap insan dimuka bumi ni..telah ditentukan rezeki masing2.. insyaAllah jika kita berusaha..mungkin kejayaan milik kita..tapi biasalah huhu mengalah sebelum mencoba..bagaikan tradisi kita..huhu harap dapat dijauhkan.. hihi apelah cp berceloteh nih..x relate ke tidak dengan tajuk diatas..:D tetibe nk nulis cengginih..yg mane paham Alhamdulilah..yg x paham..buat2 paham jela..hihi...

"Kita merancang...Tuhan menentukan...siapa kita untuk mempersoalkan..
sedangkan semua telah ditentukan"

Saturday, September 24, 2011

Petunjuk istikharah tentukan jodoh

Cp tertarik dengan soalan yang di ajukan di laman Harian Metro nih..jadi Cp share kat sni ek...

SEJAUH mana petanda atau petunjuk istikharah dalam menentukan jodoh terbaik? Bagaimanakah sekiranya saya meminta ibu melakukan solat hajat bagi mendapatkan petunjuk dan dia mendapat mimpi lelaki itu muncul, walhal lelaki itu baru memutuskan hubungan kami setelah berkawan selama dua tahun?


SOLAT istikharah sunat dilakukan bagi sesiapa yang berkeinginan kepada suatu yang harus dan dia menjadi keliru dalam menentu aspek kebaikan dalamnya kerana mempunyai pilihan yang sama. 

Contohnya, saudari ingin memilih antara dua calon suami yang sama-sama baik sehingga tidak dapat menentukan pilihan. Begitu juga dengan perkara lain. 

Solat istikharah tidak dilakukan kepada perkara yang wajib dan sunat serta bukan perkara haram dan makruh kerana sudah ada ketetapan tersendiri sama ada melakukannya atau meninggalkan (Sabiq I: 139-40). 

Caranya amat mudah iaitu dengan melakukan solat sunat dua rakaat, iaitu bukan termasuk solat fardu. Ia cukup dengan solat rawatib selepas solat fardu atau tahiyyatul masjid dan boleh dilakukan tanpa mengira waktu dengan membaca mana ayat selepas fatihah. 

Kemudian apabila selepas membaca doa seperti di bawah dengan permulaannya memuji Allah dan diikuti selawat atas Rasulullah dan dibaca doa khusus istikharah. 

Rasulullah bermaksud: “Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan dengan sesuatu maka hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (iaitu, mengerjakan solat dua rakaat) yang selain daripada solat yang fardu. Kemudian hendaklah dia berdoa: 

Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau (iaitu memohon pilihan dan kebaikan daripada-Mu) dengan ilmu-Mu, dan aku memohon kurniaan kuasa dengan kuasa-Mu, dan aku juga memohon daripada kemurahan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini adalah baik bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andai kata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.” (Riwayat Bukhari). 

Mengenai petunjuk istikharah berkenaan, ia bukanlah secara langsung seperti mimpi dan sebagainya. Ia cukup sekadar ketetapan diri sendiri atau rasa senang dengan pilihan setelah berdoa kepada Allah supaya keputusan yang dibuat itu yang sebaiknya. 

Semuanya sudah tentu datang selepas bersolat isitikharah dengan sepenuh ikhlas kepada Allah. Setelah itu terus saja melakukannya dan jangan ragu-ragu lagi. 

Keputusan hendaklah dibuat supaya tidak timbul rasa was-was. Kita hendaklah ingat bahawa was-was itu daripada syaitan. Sikap ragu-ragu yang menghalang tindakan seterusnya. 

Solat hajat yang dilakukan ibu dan mimpinya pula, ia sebenarnya tidak mengikat tindakan anda. Ini kerana mimpi terbabit bukanlah sumber ilmu yang patut diikuti dalam Islam. 

Gunakan akal dan pengalaman di samping minta nasihat daripada keluarga serta rakan mengenai jodoh dan perkahwinan. Mungkin mereka ada calon yang sesuai untuk anda.



Wednesday, September 21, 2011

Hari-hari terakhir di Mesir!

Assalammualaikum, berhabuk blog CP ni dek kerana x update entry baru..sibuk sikit 2,3 minggu ni...huhu Alhamdulilah Selamat sudah CP pulang ke tanah air tercinta.pada 11/09 yang lepas.. ..12/09 iaitu isnin minggu yang lalu Cp da start semester baru..balik2 terus start belajar..apepun semua dapat handle ..alhamdulilah..jadual kelas semua dah ade..dan semester ni jadual nya Cp rase okay..dan mudah mudahan masa yang ade cukup untuk buat assignment yang sudah pastinya banyak menanti..

Sedih juga perasaan meninggalkan bumi mesir..tapi apekan daya..masa sangat pantas berlalu..sebulan disana..banyak pengalaman baru yang Cp dapat..sedikit sebanyak CP tau tentang budaya mereka ..cara hidup mereka..makanan..juga mengetahui sedikit sebanyak tentang tempat2 bersejarah yang selama ini Cp hanya lihat dari tv mahupun internet..

Bila kita berada di negara orang..baru lah kita akan sedar dan akan berasa tersangat bersyukur berada di negara sendiri..di Mesir misalnya..revolusi yang berlaku tempoh hari masih lagi meninggalkan kesan di sana..masih ade lagi rusuhan tetapi masih terkawal..tetapi Cp seronok berada di sana..dan jika diberi peluang cp ingin menjejakkan kaki kesana lagi...insyaAllah satu hari nanti..

Hari2 terakhir di Mesir..digunakan sebaik mungkin...Pengalaman yang Cp tidak dapat lupakan apabila cp berpeluang menziarah Makam Mazhab Imam Shafie yang terletak di Masjid imam shafie di bandar eqypt,  disitu juga Cp melihat bekas tapak kaki yang dikatakan tapak kaki Rasulullah S.A.W ..ketika duduk di dalam masjid tersebut..dan ini diceritakan oleh seorang wanita mesir yang sedang duduk di dalam masjid tersebut..terdetik hati CP..subhanallah..  jika benar itu adalah bekas..tapak kaki Rasulullah S.A.W..alangkah bertuahnya Cp dapat melihat nya.. 

Selain itu..ada beberapa buah Masjid lain yang Cp pergi,seperti Masjid Amru Ash ..iaitu sahabat Rasulullah S.A.W..masjid ini dikatekan masjid tertua di Afrika..Cp juga bekesempatan pergi ke Masjid Sultan Hassan..iaitu masjid 4 mazhad dimana..disitulah tempat ke-empat2 mazhad iaitu Shafie,Hambali,Hanafi dan Maliki banyak meluangkan masanya beribadah..dan di dalam masjid ini terdapat 4 penjuru..mungkin mewakili 4 mazhab tersebut..wawallahuallam...Bersebelahan dengan Masjid tersebut..terdapat sebuah lagi masjid..iaitu masjid Rafa'i dan terdapat  Makam Rafa'i iaitu seorang ulama dan pendakwah.. 

Masjid lain yang Cp sempat ziarahi adalah masjid hussien berhampiran dengan Khan El-Khalili bazaar..iaitu tempat membeli cendera mata bg pelancong..Hussien adalah cucu kepada Rasulullah S.A.W..dimana dikatakan bahawa kepala Saiyidina Hussien ada di dalam Masjid Tersebut dan badannya di Masjid Hussien di  Karbala..bertentangan dengan Masjid ini terdapat Masjid Al-Azhar dimana di sini..masjid ini menjadi tumpuan para ulama dan sheikh ...di masjid ini juga kelas2 agama dijalankan dan kebanyak pelajar University Al-Azhar banyak menghabiskan masa mereka di Masjid ini..Alhamdulilah...

2 Lagi masjid yang sempat Cp kunjungi ..adelah Masjid Muhammad Ali dan Masjid Nasr..di Kubu Salahhudin Al-ayoubi di Cairo..Muhammad Ali Pasha adalah seorang tentera yang banyak menyumbangkan bakti kepada ekonomi..budaya dan ketenteraan.. 


Masjid Nasr


Masjid Muhammad Ali

Pokok yang diukir "Allah" berhadapan Masjid Muhammad Ali

Suasana Dalam Masjid Muhammad Ali


Masjid Amru Ash


Pintu masuk ke Masjid Rafa'i

Pengalaman Mengajar kita erti kehidupan...
Pengembaraan kadangkala memberikan keinsafan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...